FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
MOTIVASI PEMBELAJARAN TERHADAP SUBJEK EKONOMI MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
MASHITHAH BINTI KHALID
Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui
faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi
pembelajaran pelajar ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain
itu kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan di antara faktor dalaman dan
faktor luaran berdasarkan faktor demografi. Faktor luaran yang dikaji adalah
pengaruh rakan sebaya, kaedah pengajaran pensyarah, persekitaran dan pengaruh
keluarga. Manakala faktor dalaman yang dikaji adalah minat, emosi dan sikap. Sampel
kajian terdiri daripada 50 orang pelajar ekonomi pelbagai tahun di dalam satu
kelas di UKM. Analisis data dibuat secara deskriptif seperti min, purata,
sisihan piawai dan ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan yang wujud di antara
faktor dalaman dan luaran berdasarkan faktor demografi. Hasil kajian ini telah
menunjukkan faktor luaran dan faktor dalaman dalam mempengaruhi motivasi
pembelajaran. Faktor luaran minnya adalah (3.56) dan faktor dalaman
mempengaruhi sebanyak (3.142) terhadap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi
dalam satu kelas di UKM.
PENGENALAN
Pelajar sering diukur dengan pencapaian akademik
dalam memperoleh kecemerlangan. Namun hal ini sering menjadi isu apabila
pelajar tidak memperoleh keputusan yang memberangsangkan. Kegagalan pelajar
dalam memperoleh kecemerlangan sering dikaitkan dengan pelbagai alasan. Antara
alasan yang paling gemar digunakan adalah pelajar kurang motivasi untuk belajar
ataupun malas untuk belajar. Apakah faktor yang mendorong kepada kurangnya
motivasi pelajar? oleh hal ini kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan
berkaitan kurangnya motivasi pelajar adalah aspek kegagalan pelajar dalam
akademik.
Program
Ekonomi mula diperkenalkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Matlamat
program ekonomi ini adalah untuk melahirkan pelajar ekonomi yang mampu untuk
menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan
ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat
keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia
sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. (brochure prasiswazah
2009). Matlamat Program Ekonomi di UKM bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai ini kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri
sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Di mana mata
pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menegah
dan Universiti di Melbourne, Astralia (Johnston et al. 2000).
Motivasi
adalah penting dalam diri seseorang pelajar terutama ketika mempelajari
sesuatu. Motivasi turut mendorong gaya pembelajaran seseorang pelajar bagi meningkatkan
pencapaian pelajar. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Abdul Rahim Hamid et al.
( 2008) yang menjelaskan gaya pembelajaran seseorang pelajar didorong kuat
oleh motivasi, di mana motivasi
memainkan peranan penting untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar
untuk menguasai pembelajaran mereka. Pencapaian yang cemerlang seseorang
pelajar adalah bergantung kepada bagaimana pelajar berkenaan memotivasikan
dirinya.
Pencapaian
pelajar adalah dipengaruhi oleh motivasi pembelajaran, tanpa motivasi seseorang
belajar tanpa arah tujuan, oleh hal demikian pencapaian pelajar adalah tidak
memuaskan. Seseorang pelajar yang motivasinya tinggi akan mempunyai matlamat di
akhir pembelajaran mereka, dengan matlamat yang tinggi ini akan mendorong
pelajar itu untuk membina pencapaian yang cemerlang serta akan mendorong mereka
lebih berusaha. Kebanyakan pelajar belajar adalah disebabkan beberapa dorongan
yang memimpin mereka untuk terus belajar. Kajian yang dibuat oleh Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Abdul
Ghaffar, Ahmad Johari Sihes & Jamaluddin Ramli (2007) pelajar belajar
adalah disebabkan beberapa faktor yang mendorong mereka terus belajar antara
faktornya adalah pengiktirafan dan persijilan. Bagi mendapatkan pengiktirafan
berkenaan motivasi perlu di bina bagi mencapai dan memperoleh matlamat yang
dirancang itu.
Kajian
ini adalah berkenaan dengan faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran
dalam subjek ekonomi bagi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Faktor
kajian adalah menumpukan kepada faktor luaran dan faktor dalaman serta
perkaitan antara faktor dalaman dan luaran dengan faktor demografi. Dalam
kajian ini terdapat beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan tahap motivasi
pembelajaran pelajar ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
SAROTAN KARYA
Teori
Motivasi Abraham Maslow
Teori Abraham
Maslow ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow, beliau telah menyatakan
bahawa pada dasarnya manusia memiliki
keperluan asas dalam menjalani kehidupan yang normal. Beliau telah membahagikan
Keperluan asas ini kepada lima peringkat, peringkat ini telah di tunjukkan
melalui bentuk piramid. Lima tahap keperluan ini dikenali sebagai Hierarki
keperluan Maslow, lima tahap keperluan Maslow yang menentukan motivasi
pembelajaran ini adalah seperti berikut menurut ( Anon. 2001 & Arlina
2006):
a.
Keperluan Fisiologi
Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas manusia
untuk terus hidup seperti perlindungan, makanan dan minuman, kesegaran udara
dan lain-lain.
b.
Keperluan Keselamatan
keperluan
keselamatan bertujuan untuk mengelakkan individu daripada perkara-perkara yang
menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan, kestabilan kerja jagaan
masyarakat, undang-undang dan iklim.
c.
Keperluan Sosial/ Kasih Sayang
keperluan
sosial berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu
seperti persahabatan, kasih sayang dan penerimaan.
d.
Keperluan Penghargaan
keperluan ini tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di
atas dipenuhi. Ini akan mewujudkan kehendak untuk
penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita
sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran
serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjung dan kehendak
status dalam hidup.
e.
Keperluan Kemampuan Kendiri
Keperluan
terakhir adalah keperluan kendiri di mana ia sebagai pencapaian seseorang individu
seperti potensi diri, bebas, kreativiti dan pencapaian.
Teori
keperluan Maslow yang telah dibincangkan dalam kajian Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008) menjelaskan teori Maslow
selalu diguna pakai untuk mengenal pasti penyebab tingkah laku manusia. Konsep
asas keperluan manusia adalah bermula dari keperluan peringkat rendah kepada
peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi untuk memenuhi kehendak
kendiri.
Rajah1:
Rajah keperluan asas Maslow
(
sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al.
2008.)
Berdasarkan keperluan asas Maslow ini motivasi
pembelajaran akan dapat ditingkatkan dengan memenuhi kesemua keperluan asas.
Arlina (2006) berdasarkan teori pelajar perlu belajar untuk meneruskan kehidupan
dan jika mahu diiktiraf terhadap pencapaian mereka.
Teori
Motivasi Herzberg
Teori
Dua-Faktor (Herzberg) memberi penekanan kepada kepentingan motivasi intrinsik
dan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi organisasi menyatakan motivasi intrinsik
terhasil daripada hubungan secara langsung antara pekerja dan tugas dan
biasanya bersifat aplikasi kendiri (self-applied).
Motivasi ekstrinsik pula terbentuk berdasarkan persekitaran luaran tempat kerja
yang mana pada kebiasaannya dikawal oleh individu-individu lain. Hubungan
motivasi ekstrinsik dan intrinsik menunjukkan apabila kedua-dua hasil intrinsik
dan ekstrinsik sangat menarik, ia akan menyumbang secara positif kepada
motivasi. Secara umumnya, kajian turut mendapati ganjaran intrinsik dan
ekstrinsik adalah perlu untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja. (Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008).
Kajian Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008).
menjelaskan pelajar mempunyai matlamat yang tersendiri untuk meneruskan
pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Pengaruh keluarga, sekolah,
pekerjaan, pengetahuan dan perkembangan profesional merupakan sebab-sebab biasa
mengapa seseorang itu belajar melangkaui pembelajaran asas. Oleh demikian
faktor ini yang membawa kepada peningkatan tahap motivasi pembelajaran pelajar melalui
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Teori
Motivasi Douglas McGregor
Douglas McGregor
mempelopori pendekatan hubungan manusia terhadap pengurusan pada 1960an, beliau
mengemukakan 3 teori berdasarkan motivasi iaitu:
i.
Teori
X
Andaikan pekerja tidak suka bekerja dan sering
mengelakkan kerja, oleh itu pengurus mesti memaksa atau mengugut agar pekerja melakukan tugas.
ii.
Teori
Y
Andaikan
bahawa individu menganggap bahawa kerja adalah sesuatu yang dialami seperti
bermain atau berehat dan sukakan kepuasan harga diri.
Achievement
Theory Mc Clelland
Ujian
teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi
atau rendah dalam dua dimensi yang berasingan: tugas-orientasi dan
ego-orientasi. Misalnya bila diterapkan di dalam konteks sukan, atlet yang
motivasinya tinggi dalam tugas-orientasi mendefinisikan kejayaan relatif
terhadap kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas tertentu dengan lebih
kompeten berbanding
hasil tugas-tugas dengan athlets lain menurut (Gilson et al. 2008).
Teori pencapaian Mc Clelland telah
diterangkan oleh Arlina (2006) mempunyai 3 keadaan. Iaitu motivasi pencapaian,
motif keakraban dan motif kekuasaan. Setiap manusia memiliki tiga motif ini,
tetapi keadaannya adalah berbeza-beza mengikut individu itu sendiri, sama ada
motivasi pencapaiannya tinggi, motivasi kekerapannya rendah dan motivasi
kuasanya tinggi. Tetapi ada orang yang sebaliknya, Ini menunjukkan setiap orang
mempunyai ciri-ciri konfigurasi tertentu.
Faktor
Luaran yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran
Motivasi adalah sangat sukar untuk dinilai kerana begitu
kompleks. Setiap individu memiliki tahap motivasi ekstrinsik yang berbeza.
Menuruti Arlina (2006) motivasi ekstrinsik
adalah cenderung meletakkan ‘locus of
control’ di luar diri dan berdasarkan kepuasannya yang datang daripada luar
diri pelajar. Pelajar akan memotivasikan diri semasa belajar dengan menanyakan persoalan
seperti ‘Apakah yang saya akan peroleh apabila saya pelajari perkara ini? Kalau
pencapaian saya baik, apa yang saya peroleh?. Tambahnya lagi motivasi
ekstrinsik diperoleh sebagai hasil daripada belajar.
Faktor luaran menurut Chalak, A & Kassaian, Z (2010)
adalah merujuk kepada motivasi yang terbina dipengaruhi oleh faktor luaran
seseorang. Dalam kajian beliau telah memfokuskan faktor ekstrinsik kepada
faktor penyebab yang diperoleh dari luar diri seseorang yang telah menyatukan
motivasi di dalam diri pelajar tentang keanggotaan dalam menguasai bahasa
masyarakat.
Motivasi
secara ekstrinsik menurut. Abdul Rahim
Bin Hamdan et al. (2008) merupakan jaringan kepada memperoleh ganjaran
dari semua aktiviti yang dilakukan seperti pembelajaran, kelayakan, pekerjaan,
upah dan lain-lain. Oleh itu tindakan manusia adalah dimotivasikan secara
ekstrinsik akibat sosialisasi atau kehendak diri sendiri. Manakala dalam kajian
(Rasidah Rashid 2008) mengaitkan motivasi ekstrinsik dengan rangsangan melalui
pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk sesuatu dan iklim persekitaran
yang konduksi bagi mendorong pelajar untuk belajar. Contohnya, pujian yang
berkaitan pelajaran oleh gurunya dia atas kejayaan dalam peperiksaan yang telah
meningkat.
Faktor
Dalaman Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran
Motivasi
adalah sangat sukar untuk dinilai kerana begitu kompleks. Setiap individu
memiliki tahap motivasi intrinsik yang berbeza. Menurut Arlina (2006) motivasi
intrinsik adalah kebanyakannya didorong oleh hal-hal dari dalam dirinya
sendiri, semakin tinggi tahap motivasi intrinsik pelajar, semakin tinggi juga
kecenderungan pelajar meningkatkan pencapaian pelajarannya. Faktor intrinsik
menurut Chalak, A & Kassaian, Z (2010) adalah merujuk kepada motivasi yang
terbina di dalama diri seseorang. Dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor intrinsik
adalah sesuatu yang membuatkan seseorang berasa seronok.
Motivasi
Pengajaran dan Pencapaian Pelajar
Motivasi
pengajaran dan pencapaian pelajar (Saemah & John 2006) kajian mereka
menunjukkan bahawa faktor motivasi, itu efikasi kendiri dan matlamat
pembelajaran mempunyai hubungan yang positif dengan kesedaran meta kognisi yang
juga mempunyai hubungan langsung yang positif dengan pencapaian pelajar.
manakala dalam (Arlina 2006) mengaitkan motivasi selalu berhubung kait dengan
tujuan, di mana motivasi pembelajaran adalah pelengkap kepada psikologi yang
membangkitkan seseorang untuk belajar agar mencapai tujuan. Tambahnya lagi apabila
pelajar tidak jelas dengan tujuan yang hendak dicapai, maka adalah sukar untuk
menentukan motivasi pembelajaran.
Motivasi
pengajaran ini terbina kerana beberapa perkara (Arlina 2006). Antaranya adalah
disebabkan oleh tuntutan hidup. Tanpa belajar kita tidak dapat menyesuaikan
dengan kehidupan yang dilalui dengan mudah oleh yang demikian kita perlu
belajar dan belajar untuk menjadi seseorang yang sesuai dengan maksud kejadiannya,
kita perlu mengenali berbagai potensi dan bakat yang ada pada diri kita. Oleh itu
kita perlu belajar dan menggunakan pengetahuan yang ada dengan betul serta
penuh rasa bersyukur dengan apa yang kita peroleh. Hal ini kerana apa yang kita
peroleh belum tentu orang lain memilikinya. Oleh yang demikian kita perlu
bermotivasi dan manfaatkan kebolehan yang ada untuk meningkatkan prestasi
pembelajaran agar menjadi cemerlang dunia dan akhirat.
Pencapaian
akademik menurut Zubaidah Begam Mohamed Zakaria (2007) lebih berfokuskan kepada
gred yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki.
Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya bagi pelajar yang
memperoleh keputusan yang tidak cemerlang.
Motivasi
Berdasarkan Faktor Jantina
Faktor
jantina ini akan menunjukan tahap motivasi pembelajaran antara lelaki dan
perempuan. Melalui kajian Azizi Yahaya
& Nurhashimah Ismail (2008) seramai 225 orang telah
dipilih untuk kajiannya dan daripada jumlah tersebut didapati seramai 96 orang
dengan peratusan 42.7 peratus terdiri daripada responden lelaki dan 126 orang
iaitu dengan peratusan sebanyak 57.3 peratusan adalah terdiri daripada
responden perempuan, berdasarkan kajian ini menunjukkan responden perempuan
adalah lebih ramai.
Motivasi
Berdasarkan Faktor Bangsa
Motivasi
pembelajaran berdasarkan etnik turut dilihat untuk memastikan faktor-faktor
yang menyumbang kepada motivasi pembelajaran. Dalam kajian Norlia Abd Aziz et
al. (2006) didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran
permukaan mengikut etnik. Bagi gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih
usaha didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Melayu
dan Cina. Secara keseluruhan, perbezaan min gaya pembelajaran antara pelajar
Melayu dan Cina adalah kecil kecuali bagi gaya dorongan. Oleh itu, faktor etnik
tidak mempengaruhi gaya pembelajaran.
PENYATAAN MASALAH
Pelbagai masalah
timbul akibat daripada transformasi pelajar dari Sekolah ke Institusi Pengajian
Tinggi. Pelajar berhadapan dengan masalah menyesuaikan diri kerana peralihan
budaya, persekitaran belajar dan kaedah pembelajaran. Hal ini, merupakan salah
satu punca yang menyebabkan prestasi pelajar kurang memuaskan. Menurut Anis
Maesin et al. (2009), Para Mahasiswa tercicir pada awal semester di universiti
ini kerana perbezaan cara belajar dan gaya mengajar dipraktikkan oleh
universiti. Transformasi pelajar akan turut mengangun motivasi pelajar. Transformasi
ini akan mengurangkan tahap motivasi pelajar, tahap motivasi pelajar boleh
dipertingkatkan melalui pelbagai cara antaranya adalah seperti mana yang di
kaji oleh Levy, S (2008) beliau telah menjelaskan
bagaimana motivasi pelajar tahun satu boleh dipertingkatkan, dalam kajiannya
menghuraikan motivasi pembelajaran tahun pertama universiti dapat
dipertingkatkan melalui amalan pedagogi dan membahaskan
keputusan peringkat dasar yang berkesan terhadap
penanaman motivasi pelajar.
Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif pada masa kini sudah menjadi
kaedah pembelajaran utama dalam sistem pendidikan. Di mana setiap institusi
tinggi sudah mengaplikasikan kaedah kolaboratif namun pelaksanaannya di lihat
kurang berkesan. Seperti mana kajian dijalankan oleh (Khoo Yin Yin 2008), kaedah pembelajaran kolaboratif yang
diamalkan kurang berkesan, kekurangan
kemahiran pemikiran kritis pelajar dan menyebabkan prestasi Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) yang kurang memuaskan. Begitu juga keadaannya di UKM. Pelbagai
kaedah telah diamalkan dalam pembelajaran ekonomi, kebanyakan pelajar
menghabiskan masa untuk menghafal cara menyelesaikan sesuatu masalah kira-kira
dalam mata pelajaran ini yang telah dibuat oleh orang lain daripada
menyelesaikannya sendiri. Hal ini yang berlaku kepada sebilangan besar pelajar
yang belajar secara menghafal formula dan cara penyelesaian tetapi tidak dapat
mengaplikasikan formula dan cara penyelesaian itu dalam situasi yang berbeza.
Menurut (Azizi Yahya et. al 2008), selain
pelajar guru juga cenderung kepada budaya menghafal iaitu meminta pelajar
mengingat kemahiran rutin untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memberi
peluang pelajar berfikir. Keadaan ini telah mendorong kepada motivasi yang
semakin kurang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Salah
satu punca kekurangan penguasaan ekonomi selain mengikuti pengajaran oleh
pensyarah adalah disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris sesetengah
mahasiswa adalah lemah, menurut Azizi
HJ. Yahaya et. al (2008) majoriti responden bersetuju bahawa
masalah utama yang dihadapi oleh pelajar terhadap kursus yang diambil adalah
masalah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Menurutnya lagi, masalah ini adalah
disebabkan oleh sikap, minat dan persekitaran dalam mempengaruhi penguasaan
Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini menyebabkan sumber rujukan seperti buku dan
artikel tidak dapat difahami dan tidak menjadi
sumber rujukan. Menurut Faridah Karim & Rahman Ismail (1992), mahasiswa
universiti mengalami masalah mendapat bahan rujukan daripada perpustakaan serta
masalah tidak memahami bahan rujukan yang dibaca yang kebanyakannya dalam
Bahasa Inggeris dan latar belakang matematik yang lemah. Berdasarkan isu yang
dikaitkan dengan masalah pelajar dalam subjek ekonomi disebabkan transformasi
pelajar ke universiti yang bermula dengan pelbagai latar belakang pendidikan
antaranya luar bandar, daripada diploma, matrikulasi, Sijil Pelajaran Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) serta pengalaman yang berbeza menyebabkan berlaku
masalah dari aspek transformasi pelajar ini. Isu yang kedua adalah isu
penggunaan gaya pembelajaran di dalam kelas yang tidak bersesuaian kepada
pelajar antara yang dikaitkan adalah gaya perbincangan secara kolaboratif, yang
menekankan kepada kaedah yang kurang berkesan terhadap situasi tertentu kepada pelajar
dan jurang yang ketiga dapat dilihat adalah penguasaan Bahasan Inggeris yang
lemah turut menyumbang kepada tahap motivasi pelajar adalah rendah. Oleh itu
kajian ini akan menumpukan kepada faktor-faktor lain yang turut menyumbang
kepada tahap motivasi pelajar khususnya pelajar ekonomi di UKM, kajian ini dilaksanakan kerana menurut
pendapat (Azizi Hj Yahaya & Donald
Michael Obih t.th) kurangnya motivasi dalam diri pelajar
menyebabkan pencapaian pelajar merosot. Oleh hal ini, Kajian ini akan menumpukan
kepada faktor dalam dan luaran serta faktor demografi yang mempengaruhi
motivasi pelajar selain beberapa permasalahan yang sering dikaitkan dengan
pencapaian akademik pelajar.
KERANGKA KONSEP
Kajian ini
adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar
ekonomi di UKM. Kajian menumpukan kepada faktor luaran, faktor dalaman dan
faktor demografi terhadap motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi di UKM.
Motivasi pembelajaran ini akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. Oleh itu
motivasi pelajar penting untuk dibina dan dibentuk supaya pelajar sentiasa
bermotivasi. Pembinaan motivasi perlu dilihat terlebih dahulu apakah faktor
yang membolehkan motivasi ini terbina dalam diri pelajar.
Berdasarkan
rajah 1 kajian dilaksanakan kerana wujudnya masalah-masalah seperti transformasi
pelajar dari sekolah ke institusi tinggi, kurang keberkesanan pelaksanaan
kaedah pembelajaran kolaboratif di dalam kelas dan tahap penguasaan Bahasa
Inggris yang rendah menyebabkan motivasi pembelajaran tidak berkesan dalam
kalangan pelajar. Kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang
mempengaruhi motivasi pembelajaran subjek ekonomi dalam kalangan pelajar UKM.
Faktor-faktor luaran seperti tahun pengajian memainkan peranan penting dalam
motivasi pembelajaran di mana semakin meningkat tahun pengajian, motivasi
pembelajaran akan menjadi semakin meningkat dan merupakan faktor utama dalam
pencapaian seseorang pelajar. Motivasi pembelajaran pelajar akan mempengaruhi
jumlah jam pembelajaran pelajar secara individu ataupun kumpulan selain waktu
kelas. Selain itu juga motivasi pembelajaran pelajar turut dipengaruhi oleh
pengaruh rakan sebaya, di mana jika memperoleh rakan yang rajin belajar maka
rakan-rakan yang lain turut akan rajin untuk belajar.
Rajah 1:
faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian
ini adalah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tahap motivasi
pembelajaran pelajar melalui beberapa pengaruh daripada faktor luaran, faktor dalaman dan faktor
demografi yang mempengaruhi motivasi pembelajaran ke atas subjek ekonomi bagi mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian juga turut melihat hubungan di antara
faktor dalaman dan faktor luaran dalam motivasi pelajar. Selain itu, kajian ini
juga adalah untuk melihat perbezaan di antara faktor luaran dan dalaman
berdasarkan aspek demografi dalam motivasi pembelajaran bagi subjek ekonomi di
UKM di dalam satu kelas. kajian ini adalah untuk menjawab persoalan seperti
berikut:
1.
Apakah faktor-faktor luaran yang mempengaruhi
motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM?
2.
Apakah faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi
motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM?
3.
Adakah terdapat
perbezaan di antara faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan aspek demografi dalam motivasi pembelajaran?
HIPOTESIS KAJIAN
Sebanyak tiga hipotesis kajian telah dibina untuk mencapai tujuan kajian. terdapat perbezaan di
antara faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan demografi dalam motivasi
pembelajaran pelajar.
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor
luaran dengan motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di
UKM.
H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor dalaman dengan motivasi
pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM.
H03: Tidak terdapat perbezaan di antara faktor luaran dan faktor
dalaman berdasarkan aspek demografi dalam motivasi pembelajaran pelajar ekonomi
bagi satu kelas di UKM.
KAEDAH KAJIAN
REKA
BENTUK KAJIAN
Kajian
ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik. Data yang diperoleh
ialah untuk mencari faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dan
melihat perbezaan faktor ini dengan faktor demografi dalam mempengaruhi
motivasi pembelajaran. Kajian ini juga merupakan satu kajian kuantitatif.
Beberapa ujian-ujian statistik digunakan untuk menganalisis data dan menentukan
sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor di atas. Kajian
ini meninjau aspek-aspek afektif para responden.
SAMPEL
KAJIAN
Populasi
kajian adalah terdiri daripada pelajar ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Populasi ini lebih kurang 4500 pelajar.
disebabkan kekangan maka kajian ini akan menumpukan kepada kaedah pensampelan
tak rawak yang mengfokus kepada penempelan bertujuan. Menurut Noraini (2010) pensampelan
bertujuan adalah pensampelan yang mudah di capai kerana mudah, cepat, selesa
dan murah. Sampel ini berdasarkan kepada kriteria tertentu yang menggambarkan
matlamat kajian. Sampel kajian akan dipilih daripada pelajar ekonomi pelbagai
tahan pengajian di dalam satu kelas yang mengandungi 50 orang pelajar.
Sampel
kajian terdiri dari 50 orang pelajar ekonomi di fakulti ekonomi dan perniagaan
di dalam sutu kelas. Pelajar-pelajar
ini dipilih secara rawak daripada jumlah populasi keseluruhan kerana mereka
mewakili ciri-ciri populasi yang
ingin dikaji. Sampel adalah terdiri daripada pelajar ekonomi pelbagai tahun
pengajian dan pengalaman belajar yang berbeza yang boleh dikaitkan dengan tahap
motivasi pembelajaran serta mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi
pembelajaran mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam mempelajari ekonomi.
INSTRUMENT
KAJIAN
Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, soal selidik adalah
alat yang boleh mengumpul maklumat (Noraini Kaprawi 2010). Soal selidik ini
telah ditadbirkan kepada sampel kajian fakulti ekonomi dan perniagaan, soal
selidik ini mempunyai 4 bahagian. Soal selidik bahagian pertama ialah untuk
mendapat data mengenai biodata pelajar, soal selidik yang kedua ialah untuk
mendapat data mengenai faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran, soal
selidik ketiga ialah untuk mengenal pasti motivasi pengajaran dan pencapaian
pelajar dan yang ke empat adalah berkaitan pengaruh rakan sebaya yang turut
membantu mempengaruhi motivasi pembelajaran.
Instrumen
yang digunakan adalah yang telah diterjemahkan dan di diadaptasikan mengikut
keperluan dan objektif kajian. Bahagian A adalah bahagian berkaitan dengan demografi
yang mengandungi 5 soalan iaitu jantina, umur, tahun pengajian, bangsa, dan
jumlah jam belajar. Bahagian B adalah berkaitan dengan pemboleh ubah yang
melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar.
Soalan ini telah di bahagikan kepada dua bahagian, kedua-dua bahagian ini telah
menggunakan skala likert 5 iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak
setuju dan sangat tidak setuju. Bahagian pertama adalah berkaitan dengan faktor
luaran yang mengandungi 5 soalan. Manakala bahagian kedua berkaitan dengan
faktor-faktor dalaman yang mengandungi 4 soalan yang akan menpengaruhi tahap
motivasi pelajar khususnya pelajar ekonomi di UKM di dalam satu kelas.
Bahagian
C diperoleh daripada kajian yang di lakukan oleh Rasidah (2008), di mana telah
menggunakan soal selidik gaya pebelajran (perceptual
learning style preference questionnaire) Soalan ini mengandungi 30 soalan
yang diukur mengunakan skala likert 5. Manakala bahagian D pula adalah bahagian
yang melihat motivasi pelajar yang turut
ambil daripada kajian Rasidah (2008) iaitu soal selidik motivasi
pembelajaran (students work preference
inventory SWPI).
Jadual 1: Nilai
Pekali Kebolehpercayaan Item
Item
|
n
|
Alpha
|
Demografi
|
50
|
-1.1837
|
Faktor Luaran
|
50
|
.4439
|
Faktor Dalam
|
50
|
.6644
|
Gaya Pembelajaran
|
50
|
.0178
|
Motivasi Pembelajaran
|
50
|
.7954
|
Berdasarkan
jadual 1, didapati nilai-nilai pekali
alpha bagi setiap item adalah baik dan sesuai kecuali demografi memperoleh
keputusan negatif, yang selebihnya boleh
digunakan dalam kajian untuk mendapatkan keputusan kajian seperti apa yang
dirancang pengkaji dan melihat perbezaan antar faktor luaran dan faktor dalaman
berdasarkan faktor demografi keatas motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di dalam
satu kelas di UKM.
ANALISIS
DATA
Data
yang dipungut melalui soal selidik dan peperiksaan dianalisis dengan
menggunakan bantuan komputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini
ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS PC + VERSION 11.55).
Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif
dan ujian-t. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang
profil responden seperti jantina, bangsa, jumlah jam belajar dan tahun
pengajian pelajar. Di samping itu, analisis deskriptif juga digunakan untuk
menghuraikan faktor dalaman dan faktor
luaran yang mempengaruhi motivasi pembelajaran serta hubungan faktor luaran dan
dalaman dengan faktor demografi dalam motivasi pelajar. Statistik yang
digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi menguji
hipotesis nal, analisis ujian-t
digunakan. Analisis ujian-t, ujian-t yang digunakan bagi menguji
hipotesis nal untuk melihat perbezaan min di antara faktor dalaman dan luaran
dengan faktor demografi yang akan mempengaruhi motivasi pembelajaran dan
pencapaian . Bagi analisis ujian-t, aras signifikan ditetapkan pada tahap 0.05.
DAPATAN KAJIAN
Ciri-ciri Demografi Responden
Terdapat 5 ciri
responden yang akan dihuraikan di sini
iaitu jantina, umur, tahun pengajian, bangsa, dan jumlah jam belajar.
Jantina
Jadual 2 menunjukkan
taburan responden berdasarkan jantina. Daripada jadual ini didapati bahawa.
Jadual 2: Bilangan dan Peratusan Jantina
Pelajar Ekonomi Satu Kelas Di UKM.
Jantina
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
26.0
74.0
|
Jumlah
|
50
|
100
|
Sumber:
data kajian
Nisbah
purata di antara responden perempuan dan lelaki ialah 1 : 0.35. secara keseluruhannya
menunjukkan bilangan responden lelaki adalah sedikit berbanding perempuan.
Purata kajian hampir menunjukkan keseluruhan populasi responden yang dikaji.
Umur
Jadual 3: Menunjukkan Taburan Responden
Berdasarkan Umur.
umur
|
bilangan
|
peratusan
|
20
|
11
|
22.0
|
21
|
18
|
36.0
|
22
|
12
|
24.0
|
23
|
4
|
8.0
|
24
|
3
|
6.0
|
25
|
1
|
2.0
|
27
|
1
|
2.0
|
Jumlah
|
50
|
100
|
Daripada
Jadual 3 ini didapati bahawa jumlah penglibatan responden yang
paling ramai adalah daripada umur 21, 22 dan 20 dengan peratusannya sebanyak (
36%, 24% dan 22%). Dengan penglibatan ini akan mudah untuk pengkaji mengetahui
tahap motivasi pelajar yang mempunyai pelbagai pengalaman belajar dan latar
belakang pendidikan belajar yang berbeza, maka faktor yang mempengaruhi
motivasi setiap pelajar ini akan menunjukkan kesan yang berbeza.
Tahun Pengajian
Jadual 4 menunjukkan
taburan responden berdasarkan umur. Daripada jadual di bawah
didapati bahawa pelajar yang terlibat adalah daripada pelbagai tahun
pengajian dan peratusan yang paling ramai adalah tahun 3 sebanyak 46% dan
diikuti oleh tahun 2 dan 1.
Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan
Tahun Pengajian.
Tahaun pengajian
|
bilangan
|
peratusan
|
1
|
9
|
18.0
|
2
|
17
|
34.0
|
3
|
23
|
46.0
|
jumlah
|
50
|
100
|
Bangsa
Jadual
5 menunjukkan taburan responden berdasarkan kumpulan etnik. Responden dalam
kajian terdiri daripada pelbagai bangsa atau keturunan. Bangsa atau keturunan
responden seperti yang terdiri di dalam borang soal selidik adalah Melayu,
Cina, India, Bumiputra Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.
Jadual 5:
Taburan Responden Berdasarkan Etnik
bangsa
|
bilangan
|
peratus
|
Melayu
|
38
|
76.0
|
Cina
|
2
|
4.0
|
India
|
2
|
4.0
|
Bumiputera Sabah
|
3
|
6.0
|
Bumiputera Sarawak
|
5
|
10.0
|
Jumlah
|
50
|
100
|
Bangsa
Melayu mewakili peratusan yang terbesar berbanding dengan bangsa-bangsa yang
lain. Iaitu 76.0 peratus daripada jumlah bangsa responden. Ini diikuti oleh
bumiputera Sarawak10.0 peratus. Bangsa Cina
dan India mempunyai peratusan yang sama iaitu 4.0 peratus. Daripada
perangkaan ini, didapati kebanyakan responden dalam kajian ini terdiri daripada
bangsa Melayu, diikuti oleh Bumiputera Sarawak.
Jumlah Jam Belajar
Jadual 6: Jumlah Jam Belajar Responden.
Jumlah jam
|
bilangan
|
peratusan
|
kurang 2
|
24
|
48.0
|
3
|
18
|
36.0
|
4
|
5
|
10.0
|
5
|
1
|
2.0
|
6
|
1
|
2.0
|
Lain-lain
|
1
|
2.0
|
jumlah
|
50
|
100
|
Berdasarkan
jadual 6 didapati pelajar kurang melakukan ulang kaji sendiri di rumah ini
kerana hampir separuh responden hanya menggunakan kurang dari 2 jam untuk
belajar sendiri. Ini ditunjukkan melalui peratus yang belajar sendiri kurang
dari 2 jam adalah sebanyak 48 peratus dan yang kedua tertinggi adalah 3 jam
sebanyak 36 peratus.
Faktor-faktor
Luaran Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Dalam Subjek Ekonomi Di UKM
Antara tujuan
kajian ialah untuk melihat faktor-faktor luaran yang mempengaruhi motivasi
pembelajaran pelajar ekonomi di UKM. jadual 7 menunjukkan min dan sisihan
piawai bagi faktor-faktor luaran terhadap motivasi pembelajaran.
Jadual 7:
Min dan Sisihan Piawai Faktor-faktor
Luaran Dalam Motivasi Pembelajaran
Pelajar Ekonomi
Item
|
Min
|
S.P
|
Pengaruh Rakan Sebaya
|
3.75
|
0.69
|
Kaedah Pembelajaran Pensyarah
|
3.85
|
0.64
|
Persekitaran
|
3.04
|
0.86
|
Pengaruh Keluarga
|
0
|
0
|
Min keseluruhan
|
3.56
|
0.55
|
Jadual 7
menunjukkan taburan min dan sisihan piawai faktor luaran terhadap motivasi
pembelajaran pelajar ekonomi. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala
likert lima point dari “1” hingga “5”. Kesemua item dalam instrumen mengukur faktor
luaran ini mempunyai min yang dengan julat 3.85 hingga 3.04 serta min dan
sisihan piawai keseluruhan ialah masing-masing 3.56 dan 0.55. keputusan ini
menunjukkan bahawa faktor luaran terhadap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi
adalah pada paras tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar ekonomi
bersetuju motivasi pembelajaran mereka dipengaruhi oleh faktor luaran seperti
pengaruh rakan sebaya, persekitaran dan kaedah pembelajaran pensyarah.
Faktor-faktor
Dalaman Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Dalam Subjek Ekonomi Di UKM
Kajian ini juga
bertujuan untuk melihat faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi
pembelajaran kepada pelajar ekonomi. Jadual 8 menunjukkan min dan sisihan
piawai bagi sikap pelajar terhadap pelajar ekonomi.
Jadual 8:
Min dan Sisihan Piawai Faktor-faktor
Dalaman Dalam Motivasi Pembelajaran
Pelajar Ekonomi
Item
|
Min
|
S.P
|
Sikap
|
3.159
|
0.829
|
Minat
|
3.491
|
0.737
|
Emosi
|
2.775
|
0.731
|
Min keseluruhan
|
3.142
|
|
Jadual 8 menunjukkan taburan min dan
sisihan piawai faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi pembelajaran
pelajar ekonomi. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala likert lima titik
dari “1” hingga “5”. Kesemua item dalam instrumen mengukur faktor dalaman ini
mempunyai min yang agak tinggi dengan julat 3.491 hingga 2.775 serta min
keseluruhan ialah 3.142.
Dapatan ini menunjukkan bahawa,
motivasi pembelajaran pelajar ekonomi dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti
sikap, minat dan emosi. Rata-rata responden dalam kajian ini menunjukkan mereka
bersetuju dengan kenyataan bahawa motivasi mereka boleh terbentuk melalui
faktor dalaman dan faktor luaran.
Berdasarkan
keputusan kajian terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi motivasi
pelajar ekonomi didapati bahawa motivasi luaran lebih mempengaruhi motivasi
pembelajaran pelajar ini kerana min keseluruhan yang di tunjukkan oleh faktor
luaran adalah lebih tinggi daripada faktor dalaman iaitu sebanyak 0.41. ini
telah dijelaskan oleh Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah (2010) menjelaskan faktor dalaman dan luaran
ini adalah penting dalam membina motivasi pelajar namun kepentingan keduanya
adalah bergantung kepada individu, sama ada yang mana boleh memberikan motivasi
yang lebih dalam diri mereka.
Perbezaan
Di Antara Faktor Luaran Dan Faktor Dalaman Berdasarkan Aspek Demografi Dalam Motivasi Pembelajaran
Untuk mengenal pasti perbezaan
faktor luaran dan dalaman berdasarkan kepada faktor demografi yang mempengaruhi
motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di dalam satu kelas.
Jadual
9: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Dalaman Berdasarkan Jantina
Persepsi
pelajar
|
Jantina
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Sikap
Pelajar
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.31
3.54
|
-1.253
|
.921
|
Minat
Pelajar
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.38
3.57
|
-1.127
|
.516
|
Emosi Pelajar
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.54
3.38
|
.812
|
.594
|
Lain-lain
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
4.08
4.95
|
-6.290
|
.000
|
Jadual
10: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Luaran Berdasarkan Jantina
Persepsi pelajar
|
Jantina
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Pengaruh rakan sebaya
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.54
3.22
|
1.568
|
.925
|
Kaedah pengajaran pensyarah
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.38
3.35
|
.194
|
.065
|
Persekitaran
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.69
3.38
|
1.838
|
.207
|
Pengaruh keluarga
|
Lelaki
Perempuan
|
13
37
|
3.77
3.46
|
1.812
|
.006
|
Dapatan kajian
yang ditunjukkan dalam jadual 9 dan 10, mendapati terdapat perbezaan yang
terancang mengikut jantina. Secara keseluruhannya, perbezaan min faktor dalaman
dan luaran antara pelajar lelaki dan
perempuan adalah kecil. Oleh itu, pengaruh faktor jantina di dalam faktor dalaman dan faktor luaran kepada motivasi pembelajaran pelajar ekonomi
adalah kecil.
Jadual
11: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Luaran Berdasarkan Bangsa
Persepsi pelajar
|
Jantina
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Pengaruh Rakan Sebaya
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.24
3.50
|
-.537
|
.942
|
Kaedah Pengajaran Pensyarah
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.32
3.50
|
-.478
|
.845
|
Persekitaran
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.34
3.50
|
-.404
|
.920
|
Pengaruh Keluarga
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.47
3.50
|
-.065
|
.820
|
Jadual
12: ujian-t Menunjukkan
Perbezaan Faktor dalaman Berdasarkan Bangsa
Persepsi
pelajar
|
Jantina
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Sikap
Pelajar
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.53
3.50
|
.060
|
.755
|
Minat
Pelajar
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.55
3.50
|
.142
|
.885
|
Emosi Pelajar
|
Melayu
cina
|
38
2
|
3.45
3.30
|
-.112
|
.700
|
Dapatan kajian
yang ditunjukkan dalam jadual 11 dan 12, mendapati terdapat perbezaan yang
terancang mengikut bangsa. Secara keseluruhannya, perbezaan min faktor dalaman
dan luaran antara pelajar Melayu dan
Cina adalah kecil. Oleh itu, faktor bangsa hanya sedikit pengaruhnya di dalam
faktor dalaman dan luaran bagi motivasi pembelajaran, pelajar ekonomi.
Jadual 13: Ujian-t Menunjukkan
Perbezaan Faktor luaran Berdasarkan Jumlah Jam Belajar
Persepsi
Pelajar
|
Jumlah
Jam Belajar
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Pengaruh Rakan Sebaya
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.33
3.17
|
.0801
|
.087
|
Kaedah Pengajaran Pensyarah
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.42
3.28
|
.833
|
.941
|
Persekitaran
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.50
3.39
|
.643
|
.221
|
Pengaruh Keluarga
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.54
3.39
|
.886
|
.351
|
n=
bilangan responden
t= ujian-t
p=
sisihan piawai
Jadual 14:
Ujian-t Menunjukkan
Perbezaan Faktor dalaman Berdasarkan Jumlah Jam Belajar
Persepsi
pelajar
|
Jantina
|
n
|
Min
|
t
|
p
|
Sikap
Pelajar
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.50
3.39
|
.596
|
.232
|
Minat
Pelajar
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.54
3.33
|
1.339
|
.137
|
Emosi Pelajar
|
Kurang 2 jam
3 jam
|
24
18
|
3.46
3.28
|
.928
|
.292
|
Dapatan kajian
yang ditunjukkan dalam jadual 13 dan 14, mendapati terdapat perbezaan yang
terancang mengikut jumlah jam belajar. Secara keseluruhannya, perbezaan min
faktor dalaman dan luaran antara pelajar
yang belajar kurang dari 2 jam dan 3 jam adalah kecil. Oleh itu, faktor jumlah
jam belajar pelajar hanya mempunyai pengaruh yang kecil dalam faktor dalaman
dan luaran bagi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan
di dapati faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman mempunyai perbezaan yang signifikan dari
aspek demografi dalam motivasi pembelajaran ekonomi. Namun perbezaan yang ditunjukkan oleh faktor
dalaman dan luaran kepada faktor demografi adalah kecil. Dengan ini menunjukkan
bahawa faktor dalaman dan luaran dari aspek faktor demografi tidak begitu
mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi dalam satu kelas di UKM.
keadaan ini berikutan jumlah yang kecil adalah tidak menunjukkan pengaruh yang
kuat dalam mempengaruhi motivasi pembelajaran.
PERBINCANGAN
Motivasi
pembelajaran pelajar akan meningkat jika pelajar mempunyai dorongan untuk
memotivasikan diri bagi memperoleh kecemerlangan dalam diri mereka. Motivasi
adalah merupakan dorongan kepada pelajar dalam memperoleh keputusan akademik
yang baik. Dengan itu motivasi penting dibina dalam diri pelajar. pembinaan
motivasi ini perlu didorong oleh pelbagai faktor sama ada faktor intrinsik atau
faktor ekstrinsik. Yang mana kedua-dua faktor ini akan mempengaruhi individu
dalam situasi yang berbeza dan bergantung kepada individu itu sendiri yang mana
satu merupakan faktor yang paling besar menyumbangkan pengaruh motivasi yang paling
kuat di dalam diri pelajar. setiap orang memerlukan motivasi dan motivasi
seseorang itu juga adalah berbeza dari segi pengaruhnya.