Saturday 15 December 2012

       Cubaan pertama yang menjadi, Alhamdulillah dapat menikmati bersama :)    


1) Puding kramel nanas
bahan-bahan
5 biji telur
esen vanila
susu cair  1 tin
koktel 
tepung kastard 
1 cawan air 

Cara-cara
1. didihkan air dalam pengukus 
2.  pukul telur sehingga kembang, masukkan susu cair, tepung kastad, air, koktel
3. masukkan bahan tadi kedalam pengukus, kukus selama 45 minit.
4. simpan di dalam peti sehingga sejuk kemudian boleh dihidangkan...

  

2) Home made cokelat ( for hantaran my sister 9/12/2012)
bahan-bahan
- dark coklat compaun bar 
-white coklat campaun bar 
-kekacang 
-acuan * pelbagai bentuk 
-batter coco
cara-cara:
1. patahkan coklat panaskan menggunakan teknik double ball sehingga cair, masukkan butter coco
2. masukkan separuh acuan, bekukkan * kalau nak cepat masukkan dalam peti ais.
3. apabila beku masukkan kekacang dan masukkan coklat sehingga penuh acuan.
4. bekukkan semula tebalikan daripada acuan dan boleh di hidangkan. 


3) Tauhu terbalik ketuk2 Ramadhan 2012 ( bersama my best friend at Sg Tangkas Bangi: K.sya, K.aisaha, K.bie, Kema, Angah, kak Ema aktiviti bulan ramadhan)
resepi:
1 bungkus tauhu bulat

Bahan A
1/2 kilo udang
4 biji telur
daun bawang
dauan sup
3 biji kentang ( potong dadu)
5 biji cili hidup
garam secukup rasa

Bahan B
cili boh
gula kabung
air 
garam secukup rasa
* minyak untuk mengoreng 
cara2:
1. gunting bucu tauhu untuk menjadikan bentuk bunga
2. terbalikkan, isinya masukkan dalam bekas
3. masukkan bahan A kedalam satu bekas bersama isi tauhu gaul sebati.
4. masukkan inti ke dalam tauhu
5. goreng ke dalam minyak secara terbalik.
6. angkat dan boleh sediakan
7. masukkan bahan B kedalam periuk masak sehingga masak.  


4. Crepe Durian ( 2012 bersama member at Sg tangkas: kak.sya, kema, kak aishah, angah: teringan nak makan time tengah hot dengan crepe)

bahan kulit:
tepung gandum
garam
esen vanila
pewarna hijau
telur 
santan

bahan krim
whipping crem
susu segar
tepung kasterd 
kuning telur 
isi durian

cara-cara 
1. bahan crepe
- masukkan dalam belender kesemua bahan, belender sehingga sebati dan tapiskan ke dalam bekas.
- buat kan crepe senipis mungkin dalam kuali tanpa minyak.
2. bahan krim 
- pukulkan whipping kerim bersama kuning telur sehingga kembang masukkan tepung kasted dan susu segar.
- masakak sehingga likat.
3. isi durian
-asingkan biji dan isinya
-masukkan dalam bekas.
4. bentangkan crepe dan letakkan krim dan isi durian dan lipat empat
5. sedia untuk di makan * lebih sedap jika di simpan dalam peti ais * jangan di biarkan lama di luar nanti isi durian rasa tempoyak....



Selamat Mencuba.....
resepi mudah dan jimat....:
;) puas hati buat sendiri daripada beli  :)




Monday 8 October 2012

STATISTIC: PEMILIHAN SAMPEL YANG BAIK

Dalam usaha menjadikan Tesis kita cemerlang:
Antara langkah yang perlu di titik beratkan adalah pemilihan sampel, apa yang telah di cadangkan oleh DR OT eloklh kita menggunakan pemilihan sempel berdasarkan jadula yang dikemukakan mengikut jenis reka bentuk kajian, antaranya:
1) Kajian Tinjaun- elok lah merujuk kepada jadula yang dikemukakan oleh  Morgan ataupun Cochran
2) kajian ekperimanG*Power atau keppel 

pemilihan sampel yang baik akan membolehkan penyelidik mendapat result yang baik dan tidak ada pertikaian terhdap dapatan yang di peroleh.. 

  

cara buat membuat LR dengan betuL... pesanan DR OT


kelas Penulisan akademik 1 dah belajar dengan Datin Jun tentang ayat tesis, ayat tema dan sebagainya tapi tak faham n tak tahu nak guna... ha ni contoh yang jelas dari DR OT mai kita cuba aplikasi dalam tesis kita, moga Allah permudahkan kita....


langkah yang di berikan oleh DR. OT.....
Sampai masa untuk menulis secara KRITIS sorotan literatur anda. Kritis bermakna anda menulis dengan menganalisis dan mensintesis apa yang anda baca, Katakan tajuk working title anda berkaitan:
PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH
Langkah 1: Kumpul bahan
Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai. Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja:
(i)
The main objective of this study is to design a learning courseware based onlearning style for form 6 science students using ADDIE model.  Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention.  Therefore designing a learning courseware  should  fulfil diversity of learning style.  (Norliza, 2008)
(ii)
The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010)
(iii)
Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yanginteraktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)
Langkah 2: Analisis bahan
Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1
1.       Membina mengunakan model ADDIE
2.       Ambil kira stail belajar pelajar
3.       Meningkatkan tumpuan pelajar
(ii) Perikan 2
4.       Memasukkan elemen 3D
5.       Visualkan konsep dinamik dan abstrak
(iii) Perikan 3
6.       Interaktif
7.       Meningkatkan motivasi
Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri
Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut:

Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE.  


Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008).  

Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak  (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimediayang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D.

Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciriinteraktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009).

Perhatikan:
1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda. Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda.

2. Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia walaupun tidak digunakan lansung dalam mana2 sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan.

3. Perhatikan anda memasukkan semua isi-isi ( 1 - 7) dengan stail penulisan dan kefahaman TANPA terikat dengan ayat dari petikan. Barulah pembaca membaca "ayat anda sendiri" dan "terdengar suara anda" dalam sorotan literatur anda.


4. Hanya dengan petikan 3 artikel secara ringkas sahaja, anda telah boleh menulis EMPAT perenggan dalam sorotan literatur anda. Bayangkan jika ada 100 rujukan lengkap !

5. JANGAN menulis seperti membuat sebuah laporan sebab sungguh MEMBOSANKAN dan menjadikan anda sebagai seorang yang hanya meringkaskan kajian terdahulu. Ramai pelajar suka menulis seperti:


  • Noliza (2008) menyatakan bahawa....Ini disokong oleh kajian Rahayu (2009).
  • Widyawati (2010) menambah bahawa....Seterusnya Norliza (2008)....
  • Rahayu (2009) menegaskan bahawa.....Kajian ini selari dengan kajian Widyawati (2010)....
Akhirnya yang ditulis adalah ringkasan kajian lepas.... bukannya kajian anda yang menjadikan kajian lepas sebagai sokongan....kerana suara anda tidak kedengaran dalam sorotan literatur ! Kalau setakat meringkaskan kajian lepas "student form five pun boleh buat" ..... betul tak....

Antara korelasi dan signifikan... bagi menjawab soalan hubungan!

ingat ni MASHITHAH, DR OT punya pesanan!

penerangan DR OT:

Saya ingin mengulas sedikit maksud signifikan bagi korelasi linear  yang menimbulkan beberapa pertanyaan dari peserta bengkel. Perhatikan set dapatan bagi ujian Pearson skor IQ vs EQ berikut yang saya hanya buat andaian:


a. r = 0.8, sig. = 0.01 (signifikan)
b. r = 0.8, sig. = 0.06 (tak signifikan)
c. r = 0.3, sig. = 0.01 (signifikan)
d. r = 0.3, sig. = 0.06 (tak signifikan)


a: Hubungan linear yang kuat (r=0.8) yang signifikan (p<.05) antara IQ dan EQ. Signifikan diterjemahkan sebagai sebarang perubahan IQ akan menyebabkan perubahan linear yang signifikan juga pada EQ.  Keyakinan anda tinggi kerana nilai ini signifikan, iaitu korelasi tersebut tidak berlaku secara kebetulan, ianya memang wujud. Ini selalu berlaku jika saiz sampel besar, kerana mudah mengesan hubungan yang wujud secara signifikan.

b: Hubungan linear yang kuat (r=0.8) yang TIDAK signifikan (p>.05) antara IQ dan EQ.  Keyakinan anda terhadap signifikannya hubungan ini rendah  kerana korelasi tersebut mungkin wujud secara kebetulan sahaja. Ini selalu berlaku jika saiz sampel kecil.

c: Hubungan lemah  (r=0.3) tetapi signifikan (p<.05) antara IQ dan EQ. Signifikan diterjemahkan sebagai sebarang perubahan IQ akan menyebabkan perubahan linear yang rendah tetapi signifikan pada EQ.  Keyakinan anda tinggi untuk menyatakan nilai ini sememang rendah kerana nilai ini signifikan. Ini selalu berlaku jika sampel saiz besar, kerana saiz sampel yang besar dapat mengesan korelasi yang kecil secara signifikan.

d. Hubungan lemah (r=0.3) yang TIDAK signifikan (p>.05) antara IQ dan EQ.   Keyakinan anda rendah untuk menyatakan nilai ini sememangnya rendah, iaitu korelasi yang rendah tersebut mungkin berlaku secara kebetulan. Ini selalu berlaku jika saiz sampel kecil - dahlah r rendah tak signifikan pulak!!


Kesimpulan: Nilai r dan nilai signifikan adalah 2 benda berbeza. Anda boleh mendapat r yang kuat, tetapi kerana sampel anda kecil, nilai tersebut tidak signifikan, bermakna anda tidak boleh pasti hubungan yang kuat tersebut memang wujud atau secara kebetulan berdasarkan sampel yang kecil. 


Anda boleh dapat r yang kecil tetapi signifikan, kerana saiz sampel yang besar, iaitu walaupun r kecil, keyakinan anda signifikan untuk mempercayai nilai r tersebut. Dgn lain perkataan, korelasi tersebut boleh dipercayai wujud walaupun lemah, bukan sekadar berlaku secara kebetulan.


Anda juga boleh dapat nilai r yang kecil dan tidak signifikan wpun saiz sampel besar. Ini membuatkan anda percaya bahawa korelasi antara variable tersebut sememang kecil.


Jadi signifikan merujuk kepada keyakinan anda kepada nilai r yang diperolehi.... moral of the story pastikan saiz sampel anda mencukupi untuk anda mempercayai serta mempertahankan dapatan. Jika tidak.... anda akan bye-bye masa viva.... 

Thursday 4 October 2012

Microsoft Word 2010: Make Only 1 Page in Landscape Layout While Keeping Rest in Portrait Layout


Copied below for reference:
Go to the last page you want to keep vertical (Portrait) then select Page Layout | Breaks | Next Page.
enter image description here
Now click anywhere in the page where you want to have the horizontal page (Landscape) and go toPage Layout | Orientation and select Landscape
Do the same steps for the following page, the one after the landscaped one, but this time choosePortrait. Only do this if you want to restore the Portrait orientation back to normal.
enter image description here
it so easy... 
i very happy, because i  got a new thing  today...  gud luck for my Thesis i hope have a improvement every day..

Thursday 13 September 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Watch This Video...

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/PUu9tlM_nVg" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Wednesday 8 August 2012

Ulasan Journal

~ بقدر الكدّ تكتسب المعالي ~Dengan ukuran kegigihan tercapai kemuliaan-kemuliaan.
teruskan usaha, jangan putus asa: usaha menyiapkan tesis......


Antara langkah untuk memudahkan melihat jurang atau membuat literature review ni caranya: walaupun tak berapa bagus tapi ini boleh membantu.




                                 JADUAL 1: ULASAN JOURNAL 

Bil
1
Sumber/rujukan
Elzabieta Putkiewicz 2005,
Association of teacher education in Europe
Tajuk

Private tutoring in Poland
Mode
Faktor menghadiri tuisyen

Hasil
-          Mengkaji siapa yang mengambil tuisyen persendirian, apakah subjek yang di ambi, siapa yang menyediakan tuisyen dan apakah kesan.
Faktor-faktor tuisyen :
52% mengambil tuisyen tambahan untuk persediaan peperiksaan.
39% pelajar menghadiri tuisyen untuk mengetahui sama ada mereka faham atau tidak apa yang mereka belajar di sekolah.
40%  pelajar merasakan pelajar di sekolah tidak akan di sambung, tidak lengkap yang memerlukan tambahan di luar
2.3% pelajar yang hadiri ke kelas tuisyen adalah kerana faktor ibu bapa

Hanya seramai 10 % pelajar sekolah rendah dan  sekolah mengah rendah, manakala sekolah menegah atas seramai 50-60% pelajar menghadiri kelas tuisyen.
1.      Peperiksaan akhir bagi sekolah menegah rendah : ibu bapa berpendapat sangat penting tuisyen untuk persediaan peperiksaan bagi membiasakan pelajar dengan peperiksaan.

2
Sumber/rujukan
Taejong Kim,
21COE  Interfaces for Advanced Economic Analysis Kyoto University  2004
Tajuk
Shadow education: School Quality and Demand for Private Tutoring in Korea
Mode
Faktor menghadiri kelas tuisyen

HASIL
-          Nilai pekali mengandaikan pemboleh ubah tahap sekolah mendapati bahawa kualiti sekolah yang rendah permintaan tuisyen akan meningkat
Faktor persekitaran pembelajaran adalah faktor utama  permintaan terhadap tuisyen.
3
Sumber/rujukan
Azizi Yahaya & Hii Ching Ling
Tajuk
Persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap keberkesanan kelasa tambahan di sekolah
Mode


HASIL
-          Tidak terdapat perbezaan antar jantina dan jumlah pendapatan bulanan keluarga dengan tahap keberkesanan kelas tambahan
-          Terdapat perbezaan antara lokasi tempat kediaman dan jenis aliran terhadap keberkesanan kelas tambahan
-          Terdapat perbezaan antara sikap pelajar terhadap pendidikan tertinggi ibu bapa
-          Tahap keberkesanan kelasa tambahan pada pandangan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Hal ini jelas menunjukkan kelas tuisyen ini membantu responden dalam pelajaran terutama dari segi memperbaiki dan meningkatkan keputusan mereka.
-          Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan menghadiri kelas tuisyen.

LANGKAH MENJADI STUDENT A+, semoga bulan Ramadhan ini memperoleh idea yang banyak untuk menulis.

 
SELAMAT MENCUBA ....

Cinta Yang Teristimewa | iluvislam.com discover the beauty of islam

Cinta Yang Teristimewa | iluvislam.com discover the beauty of islam

THESIS

Cara Nak Menghilangkan Page Pada Muka Surat Pertama Setiap Bab dalam

TESISI 


1. Pergi pada muka pertama (atau bab) yang ada number 1 (ini bagi bab 1 lah...) 


2. Pergi ke Page Layout dan tekan arrow di bawah Hyphenation tu (lihat pic) supaya dapat pop-up Page Set Up





3. Kemudian di bahagian Headers and Footers.. Klik Different First Page. Langkah ini akan hilangkan number di page tersebut serta merta tanpa menggangu urutan page lain yang sedia ada. 





4. Pergi muka surat pertama Bab 2 (atau Chapter 2), then ulangi perkara 3 diatas. Jika ada 5 bab, buat ler 5 kali.... nescaya hilangkan muka surat di muka pertama setiap bab.... dan bergayalah anda dengan Gaya UKM ...


sumber: http://drotspss.blogspot.com/2012/08/tajuk-376-hilangkan-page-number-di-muka.html
semoga dapat membantu kawan2 yang tertanya macam mana nak hilangka page di muka pertama tesis anda..

Tuesday 7 August 2012

Pendidik A+

Pendidik A+?
Pendidik A+ pendidik yang akan memdidik sesiapa sama ada ibu bapa, adik beradi, guru, big bos or sesiapa  yang boleh mempengaruhi orang lain...  petikan daripada Tuan Fazrul untuk menjadi pendidik A+ should be follow PIES (P= physical, I= intellectual, E= emotion and S= spiritual)  and CASI (C= connect, A= acknowledged, S= services, I= intellectual and C= choice). Everything in PIES and CASIC  should be high... for example:


Rajah 1.0 Contoh Menjadi ibu bapa A+

        Bagi menjadi guru yang A+ should be high in PIES AND CASIC  dalam pembelajaran dna pengajaran... setiap tindak tanduk guru perlu dalam kawalan kerana mereka adalah role model bagi pelajar dalam proses membesar. main konsep untuk berjaya menjadi pendidik A+ adalah spiritual dengan spiritual yang tinggi maka segala emosi, intelektual dan fizikal dapat dikawal dengan baik antara eleman spiritual yang boleh diamalkan ialah 10 sifat terpuji seperti di bawah:

                                sumber: facebook

Rajah 2: 10 Sifat Terpuji 

           Sumber: 1luv islam.com
1. warak dan meningal perkara yang syubhat
2. memlihara penglihatan 
3. memelihara lidah 
4. pemalu
5. lembut dan sabar
6. benar dan jujur 
7. mengjauhi sangka buruk 
8.  mengumpat 
9. pemurah
10. qudwah hasanah (suri teladan yang baik)

SELAMAT BERAMAL & praktis 

Tuesday 10 July 2012

Skop Kerja Pembantu Penyelidik

Diary kerja:
1.  guna format kertas perojek/ tesis
2. instrument guna konstrak dalam objektif:  akademik, sosial, emosi, cadangan pelaksanaan program integrasi dalam konteks akdemik, sosial dan emosi.
- fokos kajian kepada guru, pelajar dan ibu bapa
-anlisis dokuman( peperiksaan terkini )


Monday 28 May 2012

faktor mempengaruhi motivasi pelajar

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI PEMBELAJARAN TERHADAP SUBJEK EKONOMI MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


MASHITHAH BINTI KHALID
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan di antara faktor dalaman dan faktor luaran berdasarkan faktor demografi. Faktor luaran yang dikaji adalah pengaruh rakan sebaya, kaedah pengajaran pensyarah, persekitaran dan pengaruh keluarga. Manakala faktor dalaman yang dikaji adalah minat, emosi dan sikap. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar ekonomi pelbagai tahun di dalam satu kelas di UKM. Analisis data dibuat secara deskriptif seperti min, purata, sisihan piawai dan ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan yang wujud di antara faktor dalaman dan luaran berdasarkan faktor demografi. Hasil kajian ini telah menunjukkan faktor luaran dan faktor dalaman dalam mempengaruhi motivasi pembelajaran. Faktor luaran minnya adalah (3.56) dan faktor dalaman mempengaruhi sebanyak (3.142) terhadap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi dalam satu kelas di UKM.

PENGENALAN

Pelajar sering diukur dengan pencapaian akademik dalam memperoleh kecemerlangan. Namun hal ini sering menjadi isu apabila pelajar tidak memperoleh keputusan yang memberangsangkan. Kegagalan pelajar dalam memperoleh kecemerlangan sering dikaitkan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang paling gemar digunakan adalah pelajar kurang motivasi untuk belajar ataupun malas untuk belajar. Apakah faktor yang mendorong kepada kurangnya motivasi pelajar? oleh hal ini kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan berkaitan kurangnya motivasi pelajar adalah aspek kegagalan pelajar dalam akademik.
Program Ekonomi mula diperkenalkan di Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Matlamat program ekonomi ini adalah untuk melahirkan pelajar ekonomi yang mampu untuk menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. (brochure prasiswazah 2009). Matlamat Program Ekonomi di UKM bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai  ini kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Di mana mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menegah dan Universiti di Melbourne, Astralia (Johnston et al. 2000).
Motivasi adalah penting dalam diri seseorang pelajar terutama ketika mempelajari sesuatu. Motivasi turut mendorong gaya pembelajaran seseorang pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Abdul Rahim Hamid et al. ( 2008) yang menjelaskan gaya pembelajaran seseorang pelajar didorong kuat oleh  motivasi, di mana motivasi memainkan peranan penting untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka. Pencapaian yang cemerlang seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana pelajar berkenaan memotivasikan dirinya.
Pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh motivasi pembelajaran, tanpa motivasi seseorang belajar tanpa arah tujuan, oleh hal demikian pencapaian pelajar adalah tidak memuaskan. Seseorang pelajar yang motivasinya tinggi akan mempunyai matlamat di akhir pembelajaran mereka, dengan matlamat yang tinggi ini akan mendorong pelajar itu untuk membina pencapaian yang cemerlang serta akan mendorong mereka lebih berusaha. Kebanyakan pelajar belajar adalah disebabkan beberapa dorongan yang memimpin mereka untuk terus belajar. Kajian yang dibuat oleh  Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Abdul Ghaffar, Ahmad Johari Sihes & Jamaluddin Ramli (2007) pelajar belajar adalah disebabkan beberapa faktor yang mendorong mereka terus belajar antara faktornya adalah pengiktirafan dan persijilan. Bagi mendapatkan pengiktirafan berkenaan motivasi perlu di bina bagi mencapai dan memperoleh matlamat yang dirancang itu.
Kajian ini adalah berkenaan dengan faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Faktor kajian adalah menumpukan kepada faktor luaran dan faktor dalaman serta perkaitan antara faktor dalaman dan luaran dengan faktor demografi. Dalam kajian ini terdapat beberapa masalah yang boleh dikaitkan dengan tahap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

SAROTAN KARYA

Teori Motivasi Abraham Maslow

Teori Abraham Maslow ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow, beliau telah menyatakan bahawa pada dasarnya  manusia memiliki keperluan asas dalam menjalani kehidupan yang normal. Beliau telah membahagikan Keperluan asas ini kepada lima peringkat, peringkat ini telah di tunjukkan melalui bentuk piramid. Lima tahap keperluan ini dikenali sebagai Hierarki keperluan Maslow, lima tahap keperluan Maslow yang menentukan motivasi pembelajaran ini adalah seperti berikut menurut ( Anon. 2001 & Arlina 2006):
a.      Keperluan Fisiologi
Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas manusia untuk terus hidup seperti perlindungan, makanan dan minuman, kesegaran udara dan lain-lain.

b.      Keperluan Keselamatan
keperluan keselamatan bertujuan untuk mengelakkan individu daripada perkara-perkara yang menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan, kestabilan kerja jagaan masyarakat, undang-undang dan iklim.

c.       Keperluan Sosial/ Kasih Sayang
keperluan sosial berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu seperti persahabatan, kasih sayang dan penerimaan.

d.      Keperluan Penghargaan
keperluan ini tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan mewujudkan kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjung dan kehendak status dalam hidup.

e.       Keperluan Kemampuan Kendiri
Keperluan terakhir adalah keperluan kendiri di mana ia sebagai pencapaian seseorang individu seperti potensi diri, bebas, kreativiti dan pencapaian.

Teori keperluan Maslow yang telah dibincangkan dalam kajian Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008) menjelaskan teori Maslow selalu diguna pakai untuk mengenal pasti penyebab tingkah laku manusia. Konsep asas keperluan manusia adalah bermula dari keperluan peringkat rendah kepada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi untuk memenuhi kehendak kendiri.
Rajah1: Rajah keperluan asas Maslow
( sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008.)
Berdasarkan keperluan asas Maslow ini motivasi pembelajaran akan dapat ditingkatkan dengan memenuhi kesemua keperluan asas. Arlina (2006) berdasarkan teori pelajar perlu belajar untuk meneruskan kehidupan dan jika mahu diiktiraf terhadap pencapaian mereka.

Teori Motivasi Herzberg

Teori Dua-Faktor (Herzberg) memberi penekanan kepada kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi organisasi menyatakan motivasi intrinsik terhasil daripada hubungan secara langsung antara pekerja dan tugas dan biasanya bersifat aplikasi kendiri (self-applied). Motivasi ekstrinsik pula terbentuk berdasarkan persekitaran luaran tempat kerja yang mana pada kebiasaannya dikawal oleh individu-individu lain. Hubungan motivasi ekstrinsik dan intrinsik menunjukkan apabila kedua-dua hasil intrinsik dan ekstrinsik sangat menarik, ia akan menyumbang secara positif kepada motivasi. Secara umumnya, kajian turut mendapati ganjaran intrinsik dan ekstrinsik adalah perlu untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja. (Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008).
Kajian Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008). menjelaskan pelajar mempunyai matlamat yang tersendiri untuk meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Pengaruh keluarga, sekolah, pekerjaan, pengetahuan dan perkembangan profesional merupakan sebab-sebab biasa mengapa seseorang itu belajar melangkaui pembelajaran asas. Oleh demikian faktor ini yang membawa kepada peningkatan tahap motivasi pembelajaran pelajar melalui motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Teori Motivasi Douglas McGregor

Douglas McGregor mempelopori pendekatan hubungan manusia terhadap pengurusan pada 1960an, beliau mengemukakan 3 teori berdasarkan motivasi iaitu:
i.        Teori X
Andaikan pekerja tidak suka bekerja dan sering mengelakkan kerja, oleh itu pengurus mesti memaksa atau  mengugut agar pekerja melakukan tugas.
ii.      Teori Y
Andaikan bahawa individu menganggap bahawa kerja adalah sesuatu yang dialami seperti bermain atau berehat dan sukakan kepuasan harga diri.

Achievement Theory Mc Clelland

Ujian teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi atau rendah dalam dua dimensi yang berasingan: tugas-orientasi dan ego-orientasi. Misalnya bila diterapkan di dalam konteks sukan, atlet yang motivasinya tinggi dalam tugas-orientasi mendefinisikan kejayaan relatif terhadap kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas tertentu dengan lebih kompeten berbanding hasil tugas-tugas dengan athlets lain menurut (Gilson et al. 2008).
Teori pencapaian Mc Clelland telah diterangkan oleh Arlina (2006) mempunyai 3 keadaan. Iaitu motivasi pencapaian, motif keakraban dan motif kekuasaan. Setiap manusia memiliki tiga motif ini, tetapi keadaannya adalah berbeza-beza mengikut individu itu sendiri, sama ada motivasi pencapaiannya tinggi, motivasi kekerapannya rendah dan motivasi kuasanya tinggi. Tetapi ada orang yang sebaliknya, Ini menunjukkan setiap orang mempunyai ciri-ciri konfigurasi tertentu.

Faktor Luaran yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran

Motivasi adalah sangat sukar untuk dinilai kerana begitu kompleks. Setiap individu memiliki tahap motivasi ekstrinsik yang berbeza. Menuruti Arlina (2006)  motivasi ekstrinsik adalah cenderung meletakkan ‘locus of control’ di luar diri dan berdasarkan kepuasannya yang datang daripada luar diri pelajar. Pelajar akan memotivasikan diri semasa belajar dengan menanyakan persoalan seperti ‘Apakah yang saya akan peroleh apabila saya pelajari perkara ini? Kalau pencapaian saya baik, apa yang saya peroleh?. Tambahnya lagi motivasi ekstrinsik diperoleh sebagai hasil daripada belajar.
Faktor luaran menurut Chalak, A & Kassaian, Z (2010) adalah merujuk kepada motivasi yang terbina dipengaruhi oleh faktor luaran seseorang. Dalam kajian beliau telah memfokuskan faktor ekstrinsik kepada faktor penyebab yang diperoleh dari luar diri seseorang yang telah menyatukan motivasi di dalam diri pelajar tentang keanggotaan dalam menguasai bahasa masyarakat.
Motivasi secara ekstrinsik menurut. Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008) merupakan jaringan kepada memperoleh ganjaran dari semua aktiviti yang dilakukan seperti pembelajaran, kelayakan, pekerjaan, upah dan lain-lain. Oleh itu tindakan manusia adalah dimotivasikan secara ekstrinsik akibat sosialisasi atau kehendak diri sendiri. Manakala dalam kajian (Rasidah Rashid 2008) mengaitkan motivasi ekstrinsik dengan rangsangan melalui pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk sesuatu dan iklim persekitaran yang konduksi bagi mendorong pelajar untuk belajar. Contohnya, pujian yang berkaitan pelajaran oleh gurunya dia atas kejayaan dalam peperiksaan yang telah meningkat.

Faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran

Motivasi adalah sangat sukar untuk dinilai kerana begitu kompleks. Setiap individu memiliki tahap motivasi intrinsik yang berbeza. Menurut Arlina (2006) motivasi intrinsik adalah kebanyakannya didorong oleh hal-hal dari dalam dirinya sendiri, semakin tinggi tahap motivasi intrinsik pelajar, semakin tinggi juga kecenderungan pelajar meningkatkan pencapaian pelajarannya. Faktor intrinsik menurut Chalak, A & Kassaian, Z (2010) adalah merujuk kepada motivasi yang terbina di dalama diri seseorang. Dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor intrinsik adalah sesuatu yang membuatkan seseorang berasa seronok.

Motivasi Pengajaran dan Pencapaian Pelajar

Motivasi pengajaran dan pencapaian pelajar (Saemah & John 2006) kajian mereka menunjukkan bahawa faktor motivasi, itu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran mempunyai hubungan yang positif dengan kesedaran meta kognisi yang juga mempunyai hubungan langsung yang positif dengan pencapaian pelajar. manakala dalam (Arlina 2006) mengaitkan motivasi selalu berhubung kait dengan tujuan, di mana motivasi pembelajaran adalah pelengkap kepada psikologi yang membangkitkan seseorang untuk belajar agar mencapai tujuan. Tambahnya lagi apabila pelajar tidak jelas dengan tujuan yang hendak dicapai, maka adalah sukar untuk menentukan motivasi pembelajaran.
Motivasi pengajaran ini terbina kerana beberapa perkara (Arlina 2006). Antaranya adalah disebabkan oleh tuntutan hidup. Tanpa belajar kita tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan yang dilalui dengan mudah oleh yang demikian kita perlu belajar dan belajar untuk menjadi seseorang yang sesuai dengan maksud kejadiannya, kita perlu mengenali berbagai potensi dan bakat yang ada pada diri kita. Oleh itu kita perlu belajar dan menggunakan pengetahuan yang ada dengan betul serta penuh rasa bersyukur dengan apa yang kita peroleh. Hal ini kerana apa yang kita peroleh belum tentu orang lain memilikinya. Oleh yang demikian kita perlu bermotivasi dan manfaatkan kebolehan yang ada untuk meningkatkan prestasi pembelajaran agar menjadi cemerlang dunia dan akhirat.
Pencapaian akademik menurut Zubaidah Begam Mohamed Zakaria (2007) lebih berfokuskan kepada gred yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang tidak cemerlang.

Motivasi Berdasarkan Faktor Jantina

Faktor jantina ini akan menunjukan tahap motivasi pembelajaran antara lelaki dan perempuan. Melalui kajian Azizi Yahaya & Nurhashimah Ismail (2008) seramai 225 orang telah dipilih untuk kajiannya dan daripada jumlah tersebut didapati seramai 96 orang dengan peratusan 42.7 peratus terdiri daripada responden lelaki dan 126 orang iaitu dengan peratusan sebanyak 57.3 peratusan adalah terdiri daripada responden perempuan, berdasarkan kajian ini menunjukkan responden perempuan adalah lebih ramai.

Motivasi Berdasarkan Faktor Bangsa

Motivasi pembelajaran berdasarkan etnik turut dilihat untuk memastikan faktor-faktor yang menyumbang kepada motivasi pembelajaran. Dalam kajian Norlia Abd Aziz et al. (2006) didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran permukaan mengikut etnik. Bagi gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Melayu dan Cina. Secara keseluruhan, perbezaan min gaya pembelajaran antara pelajar Melayu dan Cina adalah kecil kecuali bagi gaya dorongan. Oleh itu, faktor etnik tidak mempengaruhi gaya pembelajaran.

PENYATAAN MASALAH

Pelbagai masalah timbul akibat daripada transformasi pelajar dari Sekolah ke Institusi Pengajian Tinggi. Pelajar berhadapan dengan masalah menyesuaikan diri kerana peralihan budaya, persekitaran belajar dan kaedah pembelajaran. Hal ini, merupakan salah satu punca yang menyebabkan prestasi pelajar kurang memuaskan. Menurut Anis Maesin et al. (2009), Para Mahasiswa tercicir pada awal semester di universiti ini kerana perbezaan cara belajar dan gaya mengajar dipraktikkan oleh universiti. Transformasi pelajar akan turut mengangun motivasi pelajar. Transformasi ini akan mengurangkan tahap motivasi pelajar, tahap motivasi pelajar boleh dipertingkatkan melalui pelbagai cara antaranya adalah seperti mana yang di kaji oleh Levy, S (2008) beliau telah menjelaskan bagaimana motivasi pelajar tahun satu boleh dipertingkatkan, dalam kajiannya menghuraikan motivasi pembelajaran tahun pertama universiti dapat dipertingkatkan melalui amalan pedagogi dan membahaskan keputusan peringkat dasar yang berkesan terhadap penanaman motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif pada masa kini sudah menjadi kaedah pembelajaran utama dalam sistem pendidikan. Di mana setiap institusi tinggi sudah mengaplikasikan kaedah kolaboratif namun pelaksanaannya di lihat kurang berkesan. Seperti mana kajian dijalankan oleh (Khoo Yin Yin 2008),  kaedah pembelajaran kolaboratif yang diamalkan kurang  berkesan, kekurangan kemahiran pemikiran kritis pelajar dan menyebabkan prestasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang kurang memuaskan. Begitu juga keadaannya di UKM. Pelbagai kaedah telah diamalkan dalam pembelajaran ekonomi, kebanyakan pelajar menghabiskan masa untuk menghafal cara menyelesaikan sesuatu masalah kira-kira dalam mata pelajaran ini yang telah dibuat oleh orang lain daripada menyelesaikannya sendiri. Hal ini yang berlaku kepada sebilangan besar pelajar yang belajar secara menghafal formula dan cara penyelesaian tetapi tidak dapat mengaplikasikan formula dan cara penyelesaian itu dalam situasi yang berbeza. Menurut (Azizi Yahya et. al 2008), selain pelajar guru juga cenderung kepada budaya menghafal iaitu meminta pelajar mengingat kemahiran rutin untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memberi peluang pelajar berfikir. Keadaan ini telah mendorong kepada motivasi yang semakin kurang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Salah satu punca kekurangan penguasaan ekonomi selain mengikuti pengajaran oleh pensyarah adalah disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris sesetengah mahasiswa adalah lemah, menurut Azizi HJ. Yahaya et. al (2008) majoriti responden bersetuju bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar terhadap kursus yang diambil adalah masalah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Menurutnya lagi, masalah ini adalah disebabkan oleh sikap, minat dan persekitaran dalam mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini menyebabkan sumber rujukan seperti buku dan artikel  tidak dapat difahami dan tidak menjadi sumber rujukan. Menurut Faridah Karim & Rahman Ismail (1992), mahasiswa universiti mengalami masalah mendapat bahan rujukan daripada perpustakaan serta masalah tidak memahami bahan rujukan yang dibaca yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan latar belakang matematik yang lemah. Berdasarkan isu yang dikaitkan dengan masalah pelajar dalam subjek ekonomi disebabkan transformasi pelajar ke universiti yang bermula dengan pelbagai latar belakang pendidikan antaranya luar bandar, daripada diploma, matrikulasi, Sijil Pelajaran Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta pengalaman yang berbeza menyebabkan berlaku masalah dari aspek transformasi pelajar ini. Isu yang kedua adalah isu penggunaan gaya pembelajaran di dalam kelas yang tidak bersesuaian kepada pelajar antara yang dikaitkan adalah gaya perbincangan secara kolaboratif, yang menekankan kepada kaedah yang kurang berkesan terhadap situasi tertentu kepada pelajar dan jurang yang ketiga dapat dilihat adalah penguasaan Bahasan Inggeris yang lemah turut menyumbang kepada tahap motivasi pelajar adalah rendah. Oleh itu kajian ini akan menumpukan kepada faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap motivasi pelajar khususnya pelajar ekonomi di UKM,  kajian ini dilaksanakan kerana menurut pendapat (Azizi Hj Yahaya & Donald Michael Obih t.th) kurangnya motivasi dalam diri pelajar menyebabkan pencapaian pelajar merosot. Oleh hal ini, Kajian ini akan menumpukan kepada faktor dalam dan luaran serta faktor demografi yang mempengaruhi motivasi pelajar selain beberapa permasalahan yang sering dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar.

KERANGKA KONSEP

Kajian ini adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di UKM. Kajian menumpukan kepada faktor luaran, faktor dalaman dan faktor demografi terhadap motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi di UKM. Motivasi pembelajaran ini akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. Oleh itu motivasi pelajar penting untuk dibina dan dibentuk supaya pelajar sentiasa bermotivasi. Pembinaan motivasi perlu dilihat terlebih dahulu apakah faktor yang membolehkan motivasi ini terbina dalam diri pelajar.
Berdasarkan rajah 1 kajian dilaksanakan kerana wujudnya masalah-masalah seperti transformasi pelajar dari sekolah ke institusi tinggi, kurang keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran kolaboratif di dalam kelas dan tahap penguasaan Bahasa Inggris yang rendah menyebabkan motivasi pembelajaran tidak berkesan dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran subjek ekonomi dalam kalangan pelajar UKM. Faktor-faktor luaran seperti tahun pengajian memainkan peranan penting dalam motivasi pembelajaran di mana semakin meningkat tahun pengajian, motivasi pembelajaran akan menjadi semakin meningkat dan merupakan faktor utama dalam pencapaian seseorang pelajar. Motivasi pembelajaran pelajar akan mempengaruhi jumlah jam pembelajaran pelajar secara individu ataupun kumpulan selain waktu kelas. Selain itu juga motivasi pembelajaran pelajar turut dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya, di mana jika memperoleh rakan yang rajin belajar maka rakan-rakan yang lain turut akan rajin untuk belajar.





 



­­
                       
­­


Text Box: Motivasi pembelajaran
 


                                                                                                                      

Text Box: Faktor Dalaman
- Minat
- Sikap
- Emosi 

                                                                                                                       



 




Rajah 1: faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tahap motivasi pembelajaran pelajar melalui beberapa pengaruh daripada  faktor luaran, faktor dalaman dan faktor demografi yang mempengaruhi motivasi pembelajaran ke atas subjek ekonomi bagi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian juga turut melihat hubungan di antara faktor dalaman dan faktor luaran dalam motivasi pelajar. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan di antara faktor luaran dan dalaman berdasarkan aspek demografi dalam motivasi pembelajaran bagi subjek ekonomi di UKM di dalam satu kelas. kajian ini adalah untuk menjawab persoalan seperti berikut:
1.                  Apakah faktor-faktor luaran yang mempengaruhi motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM?
2.                  Apakah faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM?
3.                  Adakah terdapat perbezaan di antara faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan aspek  demografi dalam motivasi pembelajaran?

HIPOTESIS KAJIAN

Sebanyak  tiga hipotesis kajian telah dibina untuk  mencapai tujuan kajian. terdapat perbezaan di antara faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan demografi dalam motivasi pembelajaran pelajar.
Ho1:      Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor luaran dengan motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM.
H02:     Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara  faktor-faktor dalaman dengan motivasi pembelajaran dalam subjek ekonomi bagi satu kelas di UKM.
H03:     Tidak terdapat perbezaan di antara faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan aspek demografi dalam motivasi pembelajaran pelajar ekonomi  bagi satu kelas di UKM.

KAEDAH KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik. Data yang diperoleh ialah untuk mencari faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dan melihat perbezaan faktor ini dengan faktor demografi dalam mempengaruhi motivasi pembelajaran. Kajian ini juga merupakan satu kajian kuantitatif. Beberapa ujian-ujian statistik digunakan untuk menganalisis data dan menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor di atas. Kajian ini meninjau aspek-aspek afektif para responden.

SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.  Populasi ini lebih kurang 4500 pelajar. disebabkan kekangan maka kajian ini akan menumpukan kepada kaedah pensampelan tak rawak yang mengfokus kepada penempelan bertujuan. Menurut Noraini (2010) pensampelan bertujuan adalah pensampelan yang mudah di capai kerana mudah, cepat, selesa dan murah. Sampel ini berdasarkan kepada kriteria tertentu yang menggambarkan matlamat kajian. Sampel kajian akan dipilih daripada pelajar ekonomi pelbagai tahan pengajian di dalam satu kelas yang mengandungi 50 orang pelajar.
Sampel kajian terdiri dari 50 orang pelajar ekonomi di fakulti ekonomi dan perniagaan di dalam sutu kelas. Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak daripada jumlah populasi keseluruhan kerana mereka mewakili ciri-ciri populasi yang ingin dikaji. Sampel adalah terdiri daripada pelajar ekonomi pelbagai tahun pengajian dan pengalaman belajar yang berbeza yang boleh dikaitkan dengan tahap motivasi pembelajaran serta mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam mempelajari ekonomi.

INSTRUMENT KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, soal selidik adalah alat yang boleh mengumpul maklumat (Noraini Kaprawi 2010). Soal selidik ini telah ditadbirkan kepada sampel kajian fakulti ekonomi dan perniagaan, soal selidik ini mempunyai 4 bahagian. Soal selidik bahagian pertama ialah untuk mendapat data mengenai biodata pelajar, soal selidik yang kedua ialah untuk mendapat data mengenai faktor-faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran, soal selidik ketiga ialah untuk mengenal pasti motivasi pengajaran dan pencapaian pelajar dan yang ke empat adalah berkaitan pengaruh rakan sebaya yang turut membantu mempengaruhi motivasi pembelajaran.
Instrumen yang digunakan adalah yang telah diterjemahkan dan di diadaptasikan mengikut keperluan dan objektif kajian. Bahagian A adalah bahagian berkaitan dengan demografi yang mengandungi 5 soalan iaitu jantina, umur, tahun pengajian, bangsa, dan jumlah jam belajar. Bahagian B adalah berkaitan dengan pemboleh ubah yang melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Soalan ini telah di bahagikan kepada dua bahagian, kedua-dua bahagian ini telah menggunakan skala likert 5 iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bahagian pertama adalah berkaitan dengan faktor luaran yang mengandungi 5 soalan. Manakala bahagian kedua berkaitan dengan faktor-faktor dalaman yang mengandungi 4 soalan yang akan menpengaruhi tahap motivasi pelajar khususnya pelajar ekonomi di UKM di dalam satu kelas.
Bahagian C diperoleh daripada kajian yang di lakukan oleh Rasidah (2008), di mana telah menggunakan soal selidik gaya pebelajran (perceptual learning style preference questionnaire) Soalan ini mengandungi 30 soalan yang diukur mengunakan skala likert 5. Manakala bahagian D pula adalah bahagian yang melihat motivasi pelajar yang turut  ambil daripada kajian Rasidah (2008) iaitu soal selidik motivasi pembelajaran (students work preference inventory SWPI).

Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpercayaan Item
Item
n
Alpha
Demografi
50
-1.1837
Faktor Luaran
50
.4439
Faktor Dalam
50
.6644
Gaya Pembelajaran
50
.0178
Motivasi Pembelajaran
50
.7954




 

Berdasarkan jadual  1, didapati nilai-nilai pekali alpha bagi setiap item adalah baik dan sesuai kecuali demografi memperoleh keputusan negatif, yang selebihnya  boleh digunakan dalam kajian untuk mendapatkan keputusan kajian seperti apa yang dirancang pengkaji dan melihat perbezaan antar faktor luaran dan faktor dalaman berdasarkan faktor demografi keatas motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di dalam satu kelas di UKM.

ANALISIS DATA

Data yang dipungut melalui soal selidik dan peperiksaan dianalisis dengan menggunakan bantuan komputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS PC + VERSION 11.55). Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan ujian-t. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti jantina, bangsa, jumlah jam belajar dan tahun pengajian pelajar. Di samping itu, analisis deskriptif juga digunakan untuk menghuraikan faktor  dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi motivasi pembelajaran serta hubungan faktor luaran dan dalaman dengan faktor demografi dalam motivasi pelajar. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi menguji hipotesis nal, analisis ujian-t  digunakan. Analisis ujian-t, ujian-t yang digunakan bagi menguji hipotesis nal untuk melihat perbezaan min di antara faktor dalaman dan luaran dengan faktor demografi yang akan mempengaruhi motivasi pembelajaran dan pencapaian . Bagi analisis ujian-t, aras signifikan ditetapkan pada tahap 0.05.

DAPATAN KAJIAN

Ciri-ciri Demografi Responden

Terdapat 5 ciri responden yang  akan dihuraikan di sini iaitu jantina, umur, tahun pengajian, bangsa, dan jumlah jam belajar.

Jantina

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Daripada jadual ini didapati bahawa.
Jadual 2: Bilangan dan Peratusan Jantina Pelajar Ekonomi Satu Kelas Di UKM.
Jantina
Bilangan
Peratusan
Lelaki
Perempuan
13
37
26.0
74.0
Jumlah
50
100
Sumber: data kajian
Nisbah purata di antara responden perempuan dan lelaki ialah 1 : 0.35. secara keseluruhannya menunjukkan bilangan responden lelaki adalah sedikit berbanding perempuan. Purata kajian hampir menunjukkan keseluruhan populasi responden yang dikaji.


Umur

Jadual 3: Menunjukkan Taburan Responden Berdasarkan Umur.
umur
bilangan
peratusan
20
11
22.0
21
18
36.0
22
12
24.0
23
4
8.0
24
3
6.0
25
1
2.0
27
1
2.0
Jumlah
50
100





 Daripada Jadual  3 ini didapati  bahawa jumlah penglibatan responden yang paling ramai adalah daripada umur 21, 22 dan 20 dengan peratusannya sebanyak ( 36%, 24% dan 22%). Dengan penglibatan ini akan mudah untuk pengkaji mengetahui tahap motivasi pelajar yang mempunyai pelbagai pengalaman belajar dan latar belakang pendidikan belajar yang berbeza, maka faktor yang mempengaruhi motivasi setiap pelajar ini akan menunjukkan kesan yang berbeza.

Tahun Pengajian

Jadual 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Daripada jadual  di bawah  didapati bahawa pelajar yang terlibat adalah daripada pelbagai tahun pengajian dan peratusan yang paling ramai adalah tahun 3 sebanyak 46% dan diikuti oleh tahun 2 dan 1.
Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian.
Tahaun pengajian
bilangan
peratusan
1
9
18.0
2
17
34.0
3
23
46.0
jumlah
50
100




Bangsa

Jadual 5 menunjukkan taburan responden berdasarkan kumpulan etnik. Responden dalam kajian terdiri daripada pelbagai bangsa atau keturunan. Bangsa atau keturunan responden seperti  yang terdiri  di dalam borang soal selidik adalah Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.
Jadual 5: Taburan Responden Berdasarkan Etnik
bangsa
bilangan
peratus
Melayu
38
76.0
Cina
2
4.0
India
2
4.0
Bumiputera Sabah
3
6.0
Bumiputera Sarawak
5
10.0
Jumlah
50
100

Bangsa Melayu mewakili peratusan yang terbesar berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain. Iaitu 76.0 peratus daripada jumlah bangsa responden. Ini diikuti oleh bumiputera Sarawak10.0 peratus. Bangsa Cina  dan India mempunyai peratusan yang sama iaitu 4.0 peratus. Daripada perangkaan ini, didapati kebanyakan responden dalam kajian ini terdiri daripada bangsa Melayu,  diikuti oleh Bumiputera Sarawak.

Jumlah Jam Belajar

Jadual 6:  Jumlah Jam Belajar Responden.
Jumlah jam
bilangan
peratusan
kurang 2
24
48.0
3
18
36.0
4
5
10.0
5
1
2.0
6
1
2.0
Lain-lain
1
2.0
jumlah
50
100

Berdasarkan jadual 6 didapati pelajar kurang melakukan ulang kaji sendiri di rumah ini kerana hampir separuh responden hanya menggunakan kurang dari 2 jam untuk belajar sendiri. Ini ditunjukkan melalui peratus yang belajar sendiri kurang dari 2 jam adalah sebanyak 48 peratus dan yang kedua tertinggi adalah 3 jam sebanyak 36 peratus.

Faktor-faktor Luaran Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Dalam Subjek Ekonomi Di UKM

Antara tujuan kajian ialah untuk melihat faktor-faktor luaran yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di UKM. jadual 7 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi faktor-faktor luaran terhadap motivasi pembelajaran.
Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Faktor-faktor  Luaran Dalam Motivasi Pembelajaran
Pelajar Ekonomi

Item

Min

S.P

Pengaruh Rakan Sebaya

3.75

0.69

Kaedah Pembelajaran Pensyarah

3.85

0.64

Persekitaran

3.04

0.86

Pengaruh Keluarga

0

0

Min keseluruhan

3.56

0.55


Jadual 7 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai faktor luaran terhadap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala likert lima point dari “1” hingga “5”. Kesemua item dalam instrumen mengukur faktor luaran ini mempunyai min yang dengan julat 3.85 hingga 3.04 serta min dan sisihan piawai keseluruhan ialah masing-masing 3.56 dan 0.55. keputusan ini menunjukkan bahawa faktor luaran terhadap motivasi pembelajaran pelajar ekonomi adalah pada paras tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar ekonomi bersetuju motivasi pembelajaran mereka dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pengaruh rakan sebaya, persekitaran dan kaedah pembelajaran pensyarah.


Faktor-faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Dalam Subjek Ekonomi Di UKM

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi pembelajaran kepada pelajar ekonomi. Jadual 8 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi sikap pelajar terhadap pelajar ekonomi.


Jadual 8: Min dan Sisihan Piawai Faktor-faktor  Dalaman Dalam Motivasi Pembelajaran
Pelajar Ekonomi

Item

Min

S.P

Sikap

3.159

0.829

Minat

3.491

0.737

Emosi

2.775

0.731

Min keseluruhan

3.142

 


            Jadual 8 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala likert lima titik dari “1” hingga “5”. Kesemua item dalam instrumen mengukur faktor dalaman ini mempunyai min yang agak tinggi dengan julat 3.491 hingga 2.775 serta min keseluruhan ialah 3.142.
            Dapatan ini menunjukkan bahawa, motivasi pembelajaran pelajar ekonomi dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti sikap, minat dan emosi. Rata-rata responden dalam kajian ini menunjukkan mereka bersetuju dengan kenyataan bahawa motivasi mereka boleh terbentuk melalui faktor dalaman dan faktor luaran.
Berdasarkan keputusan kajian terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi motivasi pelajar ekonomi didapati bahawa motivasi luaran lebih mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ini kerana min keseluruhan yang di tunjukkan oleh faktor luaran adalah lebih tinggi daripada faktor dalaman iaitu sebanyak 0.41. ini telah dijelaskan oleh Ghazali Yusri,  Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah  (2010) menjelaskan faktor dalaman dan luaran ini adalah penting dalam membina motivasi pelajar namun kepentingan keduanya adalah bergantung kepada individu, sama ada yang mana boleh memberikan motivasi yang lebih dalam diri mereka.

Perbezaan Di Antara Faktor Luaran Dan Faktor Dalaman Berdasarkan Aspek  Demografi Dalam Motivasi Pembelajaran

Untuk mengenal pasti perbezaan faktor luaran dan dalaman berdasarkan kepada faktor demografi yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi di dalam satu kelas.  
Jadual 9: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Dalaman Berdasarkan Jantina

Persepsi pelajar

Jantina

n

Min

t

p

Sikap Pelajar

Lelaki
Perempuan
13
37
3.31
3.54

-1.253

.921

Minat Pelajar

Lelaki
Perempuan
13
37
3.38
3.57

-1.127

.516

Emosi Pelajar

Lelaki
Perempuan
13
37

3.54

3.38

.812

.594

Lain-lain

Lelaki
Perempuan
13
37
4.08
4.95

-6.290

.000


Jadual 10: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Luaran Berdasarkan Jantina

Persepsi pelajar

Jantina

n

Min

t

p

Pengaruh rakan sebaya

Lelaki
Perempuan
13
37
3.54
3.22

1.568


.925

Kaedah pengajaran pensyarah

Lelaki
Perempuan
13
37
3.38
3.35

.194

.065

Persekitaran

Lelaki
Perempuan
13
37

3.69

3.38

1.838

.207

Pengaruh keluarga

Lelaki
Perempuan
13
37
3.77
3.46

1.812

.006


Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam jadual 9 dan 10, mendapati terdapat perbezaan yang terancang mengikut jantina. Secara keseluruhannya, perbezaan min faktor dalaman dan luaran  antara pelajar lelaki dan perempuan adalah kecil. Oleh itu, pengaruh faktor jantina di dalam  faktor dalaman dan faktor luaran  kepada motivasi pembelajaran pelajar ekonomi adalah kecil.
Jadual 11: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor Luaran Berdasarkan Bangsa

Persepsi pelajar

Jantina

n

Min

t

p

Pengaruh Rakan Sebaya

Melayu
cina
38
2
3.24
3.50

-.537


.942

Kaedah Pengajaran Pensyarah

Melayu
cina
38
2
3.32
3.50

-.478

.845

Persekitaran

Melayu
cina
38
2

3.34

3.50

-.404

.920

Pengaruh Keluarga

Melayu
cina
38
2
3.47
3.50

-.065

.820


Jadual 12: ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor dalaman Berdasarkan Bangsa

Persepsi pelajar

Jantina

n

Min

t

p

Sikap Pelajar

Melayu
cina
38
2
3.53
3.50

.060

.755

Minat Pelajar

Melayu
cina
38
2
3.55
3.50

.142

.885

Emosi Pelajar

Melayu
cina
38
2

3.45

3.30

-.112

.700


Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam jadual 11 dan 12, mendapati terdapat perbezaan yang terancang mengikut bangsa. Secara keseluruhannya, perbezaan min faktor dalaman dan luaran  antara pelajar Melayu dan Cina adalah kecil. Oleh itu, faktor bangsa hanya sedikit pengaruhnya di dalam faktor dalaman dan luaran bagi motivasi pembelajaran, pelajar ekonomi.

Jadual 13: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor luaran Berdasarkan Jumlah Jam Belajar

Persepsi Pelajar

Jumlah Jam Belajar

n

Min

t

p

Pengaruh Rakan Sebaya

Kurang 2 jam
3 jam
24
18
3.33
3.17

.0801


.087

Kaedah Pengajaran Pensyarah

Kurang 2 jam
3 jam
24
18
3.42
3.28

.833

.941

Persekitaran

Kurang 2 jam
3 jam
24
18

3.50

3.39

.643

.221

Pengaruh Keluarga

Kurang 2 jam
3 jam
24
18
3.54
3.39

.886

.351

n= bilangan responden
t=  ujian-t
p= sisihan piawai








Jadual 14: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Faktor dalaman Berdasarkan Jumlah Jam Belajar

Persepsi pelajar

Jantina

n

Min

t

p

Sikap Pelajar

Kurang 2 jam
3 jam
24
18
3.50
3.39

.596

.232

Minat Pelajar

Kurang 2 jam
3 jam
24
18
3.54
3.33

1.339

.137

Emosi Pelajar

Kurang 2 jam
3 jam
24
18

3.46

3.28

.928

.292

Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam jadual 13 dan 14, mendapati terdapat perbezaan yang terancang mengikut jumlah jam belajar. Secara keseluruhannya, perbezaan min faktor dalaman dan luaran  antara pelajar yang belajar kurang dari 2 jam dan 3 jam adalah kecil. Oleh itu, faktor jumlah jam belajar pelajar hanya mempunyai pengaruh yang kecil dalam faktor dalaman dan luaran bagi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan di dapati faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman  mempunyai perbezaan yang signifikan dari aspek demografi dalam motivasi pembelajaran ekonomi.  Namun perbezaan yang ditunjukkan oleh faktor dalaman dan luaran kepada faktor demografi adalah kecil. Dengan ini menunjukkan bahawa faktor dalaman dan luaran dari aspek faktor demografi tidak begitu mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar ekonomi dalam satu kelas di UKM. keadaan ini berikutan jumlah yang kecil adalah tidak menunjukkan pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi motivasi pembelajaran.

 PERBINCANGAN

Motivasi pembelajaran pelajar akan meningkat jika pelajar mempunyai dorongan untuk memotivasikan diri bagi memperoleh kecemerlangan dalam diri mereka. Motivasi adalah merupakan dorongan kepada pelajar dalam memperoleh keputusan akademik yang baik. Dengan itu motivasi penting dibina dalam diri pelajar. pembinaan motivasi ini perlu didorong oleh pelbagai faktor sama ada faktor intrinsik atau faktor ekstrinsik. Yang mana kedua-dua faktor ini akan mempengaruhi individu dalam situasi yang berbeza dan bergantung kepada individu itu sendiri yang mana satu merupakan faktor yang paling besar menyumbangkan pengaruh motivasi yang paling kuat di dalam diri pelajar. setiap orang memerlukan motivasi dan motivasi seseorang itu juga adalah berbeza dari segi pengaruhnya.






Rujukan


Abdul Rahim Bin Hamdan Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes.
2008. Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dewasa. Tesis, fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes.
2007.  Taksonomi Gaya Pembelajaran Dan Tingkat Motivasi Pelajar  Dewasa (PKPGB) Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.  Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12: 1-14.

Anis Maesin, Mahani Mansor, Latisha Asmaak Shafie, & Surina Nayan. 2009. A Study of
Collaborative Learning among Malaysian Undergraduates. Asian social science, 5 (7).

Anon. 2002. Motivation and education. Studyunit Pty Ltd. www.studyunit.com
Arlina Gunarya. 2006. Modul MD-03 menjadi termotivasi untuk belajar. A.G/ PBS UNHAS
.TOT basic syudy skills. 1-14

Azizi Yahaya dan Syazwani Abdul Razak . 2008. Hubungan  antara gaya pembelajaran dan
kaeda  pengajaran dengan pencapaian mata pelajaran pengajian kejuruteraan awam di sekolah menengah teknik di negeri Sembilan. Tesis, Universiti Teknoligi Maklumat.

Azizi Yahaya & Nurhashimah Ismail. 2008. Faktor-Faktor Pemilihan Kursus Dan Masalah-
Masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Tesis, Universiti Teknologi Maklumat.

Azizi Hj Yahaya & Donald Michael Obih. t.th. Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajarn
dan Iklim Bilik Darjah Terhadap Pencapain Akademik Pelajar Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia.

Chalak, A & Kassaian, Z. 2010. Motivation and attitudes of Iranian Undergraduate EFL students
towards learning english. Gema Online Journal Of Language Studies. 10(2): 1-20

Faridah Karim & Rahman Ismail. 1992. Teaching of economis in universities: pedagogical
issues. Seminar Kebangsaan Program Ekonomi Di Universiti: Suatu Penilaian Semula.  Anjuran Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia 12-12 Oktober.

Gilson Todd A, Graig M Chow, & Martha E Ewing. 2008. Using Goal Orientations To
Understand Motivation In Strength Training. Journal of Strength and Conditioning Research  22 (4): 11-69.

Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of
Collaborative Problem Solving for Learning Economics. Journal of Economic Education, 31(1): 13-29.

Khoo Yin Yin. 2008. Keberkesanan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam
Kalangan  pelajar ekonomi tingkatan enam. Tesis Ijazah Doktor Falsafah.

Levy, S. 2008. Student Motivation: Premise, Effective Practice and Policy. Australian Journal of
Teacher Education.

Norlia Abd Aziz, T.Subahan M. Meerah, Lilia Halim & Kamisah Osman. 2006. Hubungan
  antara   motivasi, gaya pemelajaran, dengan pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Jurnal pendidikan. 31: 123-141

Rasidah Rashi. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Dalam Kalangan
            Pelajar Di Sebuah Sekolah Menegah Liar Bandar, Sabah. Tesisi, Universiti Teknologi
            Malaysia
Saemah Rahman & John Arul Phillips. 2006. Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal pendidikan 31(2006): 21-39
Zubaidah Begam Mohamed Zakaria (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik: tinjauan di kalangan pelajar sarjana muda pendidikan tahun pertama, UTM, Sekudai, Johor. Tesis doktor falsafah, Program Bimbingan Dan Kuanseling, Universiti Teknologi Malaysia.