ASPEK KEPRIHATINAN IBU BAPA TERHADAP TUISYEN ANAK-ANAK
DI DAERAH HULU LANGAT SELANGOR
Mashithah Khalid
Nor Aisah Buang
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk melihat aspek
keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen kepada anak-anak di daerah Hulu Langat.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keprihatinan ibu bapa
terhadap tuisyen, perbezaan keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen berdasarkan lokasi,
jantina dan tingkat pendapatan keluarga. Kajian ini melibatkan seramai 215
orang ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tuisyen bagi persediaan peperiksaan
SPM tahun 2012. Data diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik, dan di
analisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif
yang digunakan ialah kekerapan, peratus dan skor min untuk melihat aspek
keprihatinan ibu bapa, manakala statistik inferens yang digunakan ialah ujian independent t-test dan ANOVA sehala.
Keputusan kajian mendapati aspek keprihatinan ibu bapa menunjukkan skor min
yang tinggi bagi tahap keprihatinan terhadap pembelajaran dan masa hadapan,
manakala aspek keprihatinan terhadap persaingan menunjukkan skor min yang
sederhana. Bagi dapatan statistik inferens menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan aspek keprihatinan ibu bapa terhadap lokasi, bangsa dan tingkat
pendapatan. Kajian ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen
kepada anak-anak selain sekolah formal amat memberangsangkan terutamanya bagi
ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan berhadapan dengan peperiksaan.
Kata kunci: Keprihatinan tuisyen, tuisyen,
permintaan tuisyen
PENGENALAN
Saban hari permintaan terhadap tuisyen menjadi
keutamaan kepada ibu bapa dalam sistem pendidikan di Malaysia. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh aspek keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen bagi
memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan baik, dan mencapai
matlamat yang digariskan dalam sistem pendidikan. Aspek keprihatinan ibu bapa turut
dipengaruhi oleh peningkatan terhadap keputusan peperiksaan dalam kalangan
pelajar (Hanim & Ying, 2010). Aspek keprihatinan ibu bapa ini menjurus
kepada perbelanjaan tuisyen kepada anak-anak. Tuisyen yang diberikan kepada
pelajar sebelum mengambil peperiksaan membolehkan mereka bersedia menghadapi
peperiksaan dengan berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang (Mashithah
& Nor Aishah, 2014). Situasi ini tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi
juga berlaku di India. India merupakan antara negara di dunia yang memandang
tuisyen itu adalah sebagai satu keperluan untuk anak-anak bagi mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan (Devi & Singh, 2011). Selain Malaysia dan India,
terdapat banyak negara lain yang turut memandang tuisyen sebagai satu keperluan
kepada anak-anak, antaranya boleh dilihat dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Paten tuisyen antarabangsa
Negara
|
Paten
|
Hong Kong
|
Seramai 35%-70% pelajar sekolah
menengah (pelbagai gred) menerima tuisyen (Bray & Kwok 2003).
|
Turki
|
Pada tahun 1994 tinjauan terhadap
perbelanjaan kepada 3898 orang isi rumah, menunjukkan bahawa isi rumah
pendapatan rendah memperuntukkan 6.5% kepada tuisyen manakala 24.6% telah
dibelanjakan oleh ibu bapa berpendapatan tinggi (Tansel & Bircan 2006).
|
Vietnam
|
Tinjauan pada tahun 1997-1998:
melibatkan 6000 orang isi rumah dan
1992-1993, menunjukkan hampir 34% ibu bapa menyediakan tuisyen dan 90%
daripada mereka membelanjakan 1% -5% terhadap tuisyen (Dang 2007).
|
Korea Selatan
|
Ibu bapa telah membiayai tuisyen
kepada sekolah menengah dan sekolah rendah sebanyak 2.9% daripada KDNK (Kim
& Lee 2004).
Pada tahun 1996 menunjukkan
seramai 48.8% pelajar sekolah menengah rendah menerima tuisyen, dan seramai
70.3% pelajar sekolah menengah atas menerima tuisyen (Bray & Kwok 2003).
|
Kanada
|
Tinjauan kerajaan Kanada pada
tahun 2000, mendapati 10.9%pelajar berumur 13 tahun menerima 1 jam atau lebih
tuisyen setiap minggu (Bray & Kwok 2003).
|
Bangladesh
|
46% telah dibelanjakan pelajar
terhadap tuisyen (Nath 2008).
|
Kebanyakan ibu
bapa beranggapan dengan memberikan tuisyen kepada pelajar membolehkan mereka
menguasai strategi pembelajaran yang berkesan, menggunakan pendekatan yang
lebih baik, memberi kesan kepada keyakinan (Tansel & Bircan, 2006), pembelajaran dan pencapaian (Bray & Suso, 2008; Bray, 2006; Ireson, 2005). Kim (2005)
telah menyatakan bahawa ibu bapa dari pelbagai lapisan status ekonomi sanggup
untuk membelanjakan pendapatan mereka bagi memastikan pendidikan anak-anak
mereka adalah yang terbaik (Mashithah & Nor Aishah, 2014). Kesanggupan ini
telah dibuktikan oleh ibu bapa di Korea Selatan melalui perbelanjaan tuisyen
kepada anak-anak mereka.
Jadual 1.2 Perbelanjaan ibu bapa di Korea Selatan
Tahun
|
Perbelanjaan tuisyen daripada KDNK (%)
|
Tahun
|
Peratus pelajar yang mengambil tuisyen mengikut
aspek persekolahan (5)
|
||
1990
|
1.2
|
2003
|
Pra sekolah
|
Sekolah rendah
|
Sekolah menengah
|
1994
|
1.8
|
83%
|
75%
|
56%
|
|
1998
|
2.9
|
Sumber: Kim
(2005)
Sehubungan
dengan itu, golongan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya lebih cemerlang
dalam pendidikan akan menyediakan tuisyen walaupun sistem pendidikan disediakan
oleh kerajaan telah sempurna (Merdeka Center, 2005). Ini bagi menghasilkan modal insan
yang berkualiti, berkemahiran tinggi dan membawa kepada keuntungan serta
kecemerlangan pada negara. Kajian ini tertumpu kepada permintaan tuisyen yang
semakin meningkat permintaannya sedangkan sistem pendidikan formal telah
sempurna. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat kesanggupan ibu bapa dalam
membelanjakan pendidikan tambahan kepada anak mereka.
Fenomena
tuisyen begitu pesat berkembang di Malaysia dan permintaan terhadap tuisyen
juga semakin meningkat pada saban tahun. Hal ini kerap dikaitkan dengan sistem
persekolahan di Malaysia yang berasaskan kepada peperiksaan. Setiap pelajar
akan bersaing bagi memastikan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Namun fenomena ini bertentangan dengan kajian oleh Merdeka Center (2005) yang
mendapati bahawa kepuasan pelajar terhadap sistem pendidikan formal adalah
tinggi iaitu pada aras 76%, pelajar merasakan puas dengan hanya belajar dalam
sistem pendidikan formal dan hanya seramai 24% merasakan tidak puas jika
belajar dalam sistem pendidikan formal.
Dapatan
Merdeka Center (2005) terhadap kualiti pendidikan formal juga menunjukkan
kemudahan yang disediakan di sekolah iaitu kaedah pengajaran, isi kandungan
silibus, serta subjek dan dedikasi guru adalah yang terbaik. Namun persoalannya,
mengapakah dalam keadaan kualiti pendidikan yang terbaik, tuisyen berbayar
masih menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar terutama bagi pelajar yang akan
berhadapan dengan peperiksaan besar?.
LITERATUR KAJIAN
Keprihatinan ibu bapa dan pelajar terhadap
tuisyen boleh diinterpretasikan sebagai keputusan manusia untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran yang dimotivasikan oleh pembangunan modal manusia
bagi mencapai matlamat hidup iaitu masa hadapan yang lebih baik dan lebih
cerah. Berdasarkan teori modal manusia, perbelanjaan pendidikan bukannya hanya
untuk penggunaan, ia juga berkaitan dengan pelaburan kepada sumber modal bagi
individu (Schultz, 1961). Modal manusia
menurut Rahmah et al. (2011) adalah
pelaburan dalam aspek pendidikan, latihan semasa kerja, kesihatan dan juga
usaha untuk mencari maklumat yang perlu dipertingkatkan dan ditekankan
dalam pembangunan negara. Tambahnya lagi
dalam konsep modal manusia semakin panjang tempoh pengajian maka semakin tinggi
tingkat produktif serta akan memperoleh upah yang tinggi pada masa hadapan.
Manakala menurut Schultz (1961) teori modal manusia adalah berhubung kait
dengan pendidikan dalam membentuk modal insan. Berasaskan modal manusia ni menonjolkan
lagi aspek keprihatinan ibu bapa dalam memastikan modal insan yang dibentuk
dapat memenuhi keperluan tenaga manusia pada masa hadapan. Oleh itu,
keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen dapat dikelaskan kepada keprihatinan
terhadap pembelajaran, keprihatinan terhadap persaingan dan keprihatinan
terhadap masa hadapan anak-anak.
i.
Aspek keprihatinan terhadap Pembelajaran
Keprihatinan terhadap
pembelajaran ialah menjurus kepada
matlamat tuisyen dibiayai oleh ibu bapa. Antara aspek yang menimbulkan
kesedaran pembelajaran ini adalah bagi tujuan persediaan peperiksaan,
pemulihan, panduan menjawab peperiksaan dan penggunaan masa terluang dalam
kalangan anak-anak. Matlamat ini juga timbul adalah disebabkan terdapat
beberapa isu antaranya apa yang dibincangkan oleh Bray (2007) dan Nath (2008)
terdapat pelbagai masalah yang telah menghalang keberkesanan program yang
dilaksanakan kepada setiap pelajar untuk mendapat pendidikan yang sama bagi
setiap individu yang berbeza, antara permasalahan mengganggu perancangan
sekolah adalah sekolah kecil, ketidakcukupan guru opsyen, pelajar terlalu
ramai, gaya pembelajaran tidak berkesan kepada semua pelajar, kebolehan pelajar
berbeza dan kemampuan guru mengajar dalam kelas, serta peningkatan persaingan
antara pelajar yang menyebabkan ramai ibu bapa pelajar yang begitu prihatin
dengan keadaan pembelajaran anak mereka dan telah memilih untuk menyediakan
tuisyen (Tansel dan Bircan, 2006) kepada pelajar bagi menguasai setiap
pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih baik.
ii.
Keprihatinan Terhadap
Persaingan
Keprihatinan terhadap persaingan dalam
kajian ini menjurus kepada aspek yang mendorong ibu bapa dan pelajar untuk
berbelanja dalam tuisyen. Keprihatinan terhadap persaingan ini dirujuk dari
aspek pengaruh rakan sebaya, keinginan untuk berjaya seperti rakan lain, mahu
bersaing, mengulang kaji bersama rakan, mahukan perhubungan emosi dengan rakan,
dan aspek-aspek yang membawa kepada perasaan dalaman ibu bapa dan pelajar yang
menjurus kepada perbelanjaan tuisyen (Hanim & Ying 2010).
Berdasarkan
aspek keprihatinan ibu bapa dan pelajar, tuisyen adalah merupakan pelaburan
bagi masa depan untuk memperoleh kerjaya yang baik dan boleh membawa kepada
mobiliti sosial seseorang (Kim, 2007). Kebiasaannya untuk mendapat tempat ke
universiti adalah memerlukan persaingan oleh itu ibu bapa mengambil inisiatif
untuk memastikan pelajar mampu bersaing. Sebagai contoh, sokongan ibu bapa
diberikan dengan cara menyediakan tuisyen kepada pelajar untuk menghasilkan
pencapaian akademik yang baik dan membolehkan pelajar bersaing dengan pelajar
lain. Keadaan ini dapat memberi kesan kepada pembelajaran dan kehidupan pelajar
(Ireson & Rushforth, 2005).
iii.
Keprihatinan terhadap Masa Hadapan
Keprihatinan terhadap masa hadapan
dalam kalangan ibu bapa dan pelajar adalah menjurus kepada aspek peperiksaan,
memperoleh keputusan yang baik, membuat ulang kaji, mendapatkan panduan khususnya
bagi peperiksaan, melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Atas
keprihatinan ini ibu bapa telah membiayai tuisyen kepada anak-anak mereka. Hal
ini, kerana mereka percaya dengan menghadiri tuisyen anak-anak akan memperoleh
pertambahan nilai dalam pendidikan, simulasi kognitif dan ibu bapa dapat
mengawal aktiviti anak-anak (Davies, 2004).
Ini
dibuktikan dengan kajian Dang (2007) yang mendapati
tuisyen mempunyai impak yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar.
Tambahnya lagi impak yang paling besar adalah dalam kalangan pelajar menengah
bawah. Oleh itu, mereka percaya pendidikan yang lebih baik akan menjamin
anak-anak mereka dalam kehidupan akan datang. Dalam situasi begini banyak
negara mengambil pendekatan membangunkan sektor pendidikan tidak formal iaitu
tuisyen, walaupun telah tersedia pendidikan formal yang telah dibiayai oleh
kerajaan secara percuma. Perkembangan pendebatan isu tuisyen ini, sebagai aspek
penting merangsang kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar dalam usaha
ibu bapa memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang lebih baik bagi tujuan
pulangan pada masa hadapan dan memastikan anak-anak mempunyai peluang kerjaya
yang lebih baik pada masa hadapan (Devi & Singh, 2011).
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan kepada ibu bapa pelajar
yang menyediakan tuisyen kepada pelajar bagi persiapan peperiksaan SPM 2012.
Oleh itu, ibu bapa yang terlibat adalah ibu bapa pelajar tingkatan 6 di daerah
Hulu Langat, Selangor. Pengumpulan data di buat dengan menggunakan borang soal
selidik bagi mengetahui aspek keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen yang di
hadiri oleh pelajar sebelum berhadapan dengan peperiksaan SPM. Seramai 250
orang ibu bapa telah terlibat, sampel ini dipilih secara rawak mudah mengikut lokasi
tempat tinggal, bangsa dan pendapatan ibu bapa.
Secara umumnya soal selidik ini
mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A ialah demografi yang melibatkan jantina
ibu bapa, jantina pelajar dan lokasi ibu bapa. Manakala bahagian B adalah aspek
keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen yang telah dihadiri oleh pelajar semasa
persediaan peperiksaan SPM. Instrumen ini telah diadaptasi dari soal selidik
yang diubahsuai oleh Budiene (2006) dalam kajian Education in a Hidden Marketplace: monitoring of private tutoring
oleh Open Society Institute yang
dibina oleh Education Policy Centre of
Vilnius University iaitu Lithuanian
questionnaire designed. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan bagi aspek
keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen memperoleh nilai alpha 0.833. Stangor
(1998), Kaplan dan Saccuzo (1997) berpendapat nilai alpha 0.07 ke atas
menunjukkan instrumen tersebut mempunyai kesahan dalaman yang tinggi. Nilai ini
memberi maksud bahawa item-item yang terdapat dalam soal selidik itu dapat
mengukur pemboleh ubah yang ingin dikaji.
Jadual 1.3 Kesahan instrumen menggunakan nilai
korelasi item dengan jumlah skor yang diperbetulkan dan indeks kebolehpercayaan
Cronbach Alpha bagi setiap konstruk kajian dalam kajian rintis bagi responden
pelajar
Aspek keprihatinan
terhadap tuisyen
|
Nilai Cronbach Alpha Keseluruhan
|
Pembelajaran
|
0.813
|
Persaingan
|
0.880
|
Masa hadapan
|
0.807
|
keseluruhan
|
0.833
|
Dapatan kajian ini akan dianalisis
berdasarkan IBM SPSS Statistic 20. Dua
jenis statistik telah digunakan, iaitu statistik deskriptif dan inferensi.
Statistik deskriptif menggunakan tahap min yang dirujuk berdasarkan Jadual 1.4. manakala statistik inferensi melihat
perbezaan menggunakan ujian-t.
Jadual 1.4 Interpretasi skor min
Min skor
|
Tahap
|
1.00 – 2.33
|
Rendah
|
2.34 – 3.66
|
Sederhana
|
3.67 – 5.00
|
Tinggi
|
Sumber: Jamil Ahmad
(2002)
DAPATAN KAJIAN
i.
Taburan Profil Responden Kajian
Jadual 1.5
menunjukkan taburan latar belakang responden dari aspek jantina, bangsa, lokasi
pendapatan. Berdasarkan jantina responden, daripada 215 orang responden yang
dikaji, 50.2 peratus adalah dalam kalangan responden lelaki dan selebihnya
adalah perempuan. Dari aspek bangsa, seramai 78 orang atau 36.3 peratus adalah
responden berbangsa cina, diikuti oleh 74 orang atau 33.4 peratus adalah
berbangsa Melayu dan 63 orang atau 29.3 peratus berbangsa India.
Berdasarkan tahap pendapatan ibu
bapa didapati seramai 215 responden ini mempunyai tahap pendapatan yang
pelbagai. Antaranya seramai 50 orang atau 23.3 peratus memperoleh pendapatan
antara RM 1001- RM 2000, diikuti RM 2001- RM 3000 iaitu seramai 48 orang atau
22.3 peratus, seramai 42 orang atau 19.5 peratus memperoleh pendapatan antara
RM 4001- RM 5000, Manakala terdapat seramai 24 peratus responden mempunyai
pendapatan antara RM 1000 dan ke atas dan
RM 5001-RM 6000 atau 11.2 peratus orang responden.
Jadual 1.5 Taburan Profil Responden Kajian
Latar Belakang Ibu Bapa
|
Maklumat
|
Kekerapan
|
Peratusan (%)
|
Jantina
|
Lelaki
|
108
|
50.2
|
Perempuan
|
107
|
49.8
|
|
Bangsa
|
Melayu
|
74
|
33.4
|
Cina
|
78
|
36.3
|
|
India
|
63
|
29.3
|
|
Lokasi
|
Bandar
|
116
|
54.0
|
Luar bandar
|
99
|
46.0
|
|
Pendapatan
|
RM 1000 ke atas
|
24
|
11.2
|
RM 1001- RM 2000
|
50
|
23.3
|
|
RM 2001- RM 3000
|
48
|
22.3
|
|
RM 4001- RM 5000
|
42
|
19.5
|
|
RM 5001- RM 6000
|
24
|
11.2
|
|
RM 6001- RM 7000
|
14
|
6.5
|
|
RM 7001- RM 8000
|
7
|
3.3
|
|
RM 11,001 dan ke atas
|
6
|
2.8
|
ii.
Aspek
Keprihatinan Terhadap Tuisyen Dalam Kalangan Ibu Bapa
Maklum balas
yang diperoleh daripada soal selidik ditunjukkan di jadual 1.6 menujukkan aspek
keprihatinan tuisyen dari persepsi ibu bapa
bagi setiap komponen adalah berada pada tahap tinggi. Keputusan tersebut
dapat dilihat menerusi pencapaian nilai skor min iaitu antara 3.36 hingga 4.00
yang merupakan darjah yang tinggi pada setiap komponen tersebut. Skor min yang
tertinggi ialah aspek keprihatinan pembelajaran (m= 4.00). Ia diikuti dengan
skor min aspek keprihatinan tuisyen terhadap masa hadapan (m=3.81). kedua-dua
ini berada pada tahap skor min yang tinggi. Manakala aspek keprihatinan
persaingan berada pada tahap skor min sederhana (3.35).
Berdasarkan
skor min ini, interpretasi yang dapat dirumuskan ialah ibu bapa begitu prihatin
dalam menghantar anak untuk menghadiri tuisyen. Ini bermakna ibu bapa sanggup
untuk berbelanja terhadap tuisyen bagi memastikan kejayaan anak dalam
memperoleh pencapaian SPM yang cemerlang.
Jadual 1.6 Aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa
pelajar tingkatan 6 rendah
Aspek keprihatinan
|
Min
|
Sisihan piawai
|
Interpretasi
|
Pembelajaran
|
4.00
|
0.678
|
Tinggi
|
Persaingan
|
3.35
|
0.731
|
Sederhana
|
Masa hadapan
|
3.81
|
.0.686
|
Tinggi
|
Min Keseluruhan
|
3.76
|
0.556
|
Tinggi
|
iii.
Perbezaan
Keprihatinan Tuisyen Ibu Bapa Berdasarkan Lokasi Tempat Tinggal
Ho1: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan
aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa pelajar berdasarkan aspek lokasi.
Untuk mengukur
perbezaan tahap keprihatinan tuisyen ibu bapa berdasarkan aspek bandar dan luar
bandar, ujian-t bagi dua kumpulan
bebas digunakan. Berdasarkan jadual 1.7, skor min tahap keprihatinan tuisyen
bagi luar bandar (min= 3.83) adalah lebih tinggi berbanding skor min bandar
(min= 3.64) dengan perbezaan min sebanyak -0.194. Ini menunjukkan terdapat
perbezaan skor min aspek keprihatinan tuisyen antara ibu bapa yang tinggal di
bandar dan luar banda. Oleh itu, keputusan statistik ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan aspek keprihatinan tuisyen yang
signifikan (t=-2.529 df=210.79,
p<0.05) antara bandar dan luar bandar.
Justeru, keputusan ini menolak
hipotesis nul (H01). Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan
skor min tahap keprihatinan tuisyen ibu bapa berdasarkan bandar dan luar
bandar.
Jadual 1.7 Keputusan Ujian-t perbezaan min tahap keprihatinan tuisyen
berdasarkan lokasi ibu bapa.
Lokasi
|
N
|
Min
|
S. Piawai
|
t
|
Signifikan
|
Bandar
|
116
|
3.64
|
0.577
|
-2.529
|
0.012
|
Luar bandar
|
99
|
3.83
|
0.545
|
*Signifikan
pada aras p<0.05
iv.
Perbezaan Aspek Keprihatinan Tuisyen
ibu bapa pelajar Berdasarkan Bangsa
H05.3a:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap keprihatinan tuisyen ibu bapa
pelajar tingkatan 6 rendah berdasarkan bangsa.
Jadual 1.8 ANOVA Perbezaan aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa
berdasarkan bangsa
Pemboleh ubah
|
Min
|
DK
|
MKD
|
F
|
signifikan
|
|
Aspek
keprihatinan ibu bapa
|
Antara kumpulan
|
2.544
|
2
|
1.272
|
4.040
|
0.019
|
Dalam kumpulan
|
66.737
|
212
|
0.315
|
Seterusnya, jadual 1.8 menunjukkan
keputusan ujian ANOVA sehala yang telah dijalankan. Dapatan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan (F=4.040 sig.=0.019< 0.05) aspek
keprihatinan tuisyen dengan bangsa ibu bapa. Dengan ini, H05.3a
adalah ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan aspek keprihatinan
ibu bapa berdasarkan bangsa. Seterunya, ujian post-hoc Tukey HSD telah dijalankan bagi mengenal pasti
perbezaan skor min aspek keprihatinan ibu bapa terhadap bangsa ibu bapa. Hasil
ujian tersebut dipaparkan dalam jadual
Jadual 1.9 Tukey Perbezaan aspek perhatian mengikut
pendapatan
Bangsa
|
N
|
Min
|
Melayu
|
Cina
|
India
|
Melayu
|
74
|
3.769
|
0
|
0.017*
|
0.141
|
Cina
|
78
|
3.6174
|
0.017*
|
0
|
0.465
|
India
|
63
|
3.6870
|
0.141
|
0.465
|
0
|
Hasil ujian psot-hoc Tukey HSD yang
telah dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan aspek keprihatinan responden
mengikut bangsa seperti ditujukan pada jadual 1.9 menunjukkan terdapat
perbezaan skor min yang signifikan aspek keprihatinan antara bangsa Melayu
dengan cina (sig. = 0.017). Manakala hasil ini juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan dengan bangsa India (sig. = 0.141).
v.
Perbezaan
Aspek Keprihatinan Tuisyen Ibu Bapa Berdasarkan Pendapatan
Ho5.4a:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap keprihatinan tuisyen ibu bapa
pelajar tingkatan 6 rendah berdasarkan aspek pendapatan.
Jadual 1.10 ANOVA Perbezaan aspek keprihatinan tuisyen
ibu bapa berdasarkan pendapatan
Pemboleh ubah
|
Min
|
DK
|
MKD
|
F
|
signifikan
|
|
Aspek keprihatinan ibu bapa
|
Antara kumpulan
|
5.090
|
7
|
0.727
|
2.345
|
0.025
|
Dalam kumpulan
|
64.190
|
207
|
0.310
|
Seterusnya, jadual 1.10 menunjukkan
keputusan ujian ANOVA sehala yang telah dijalankan. Dapatan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan (F=2.345, sig.=0.025< 0.05) aspek
keprihatinan tuisyen dengan pendapatan ibu bapa. Dengan ini, H05.4a
adalah ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan aspek keprihatinan
ibu bapa berdasarkan pendapatan. Seterunya, ujian post-hoc LSD telah dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan skor
min aspek keprihatinan dengan pendapatan ibu bapa terhadap pendapatan ibu bapa.
Hasil ujian tersebut dipaparkan dalam jadual 4.24
Jadual 1.11 LSD
Perbezaan aspek perhatian mengikut pendapatan
Pendapatan
|
N
|
Min
|
Perbezaan Min
|
Sig.
|
RM 1000 ke
bawah
|
24
|
3.5117
|
.72262*
|
0.003
|
RM 1001 - RM
2000
|
50
|
3.6376
|
.59669*
|
0.009
|
RM 2001 -RM
3000
|
48
|
3.6425
|
.59179*
|
0.009
|
RM 4001 - RM
5000
|
42
|
3.8552
|
.37905
|
0.097
|
RM 5001 -RM
6000
|
24
|
3.7517
|
.48262*
|
0.045
|
RM 6001 -RM
7000
|
14
|
3.8743
|
.36000
|
0.164
|
Hasil ujian psot-hoc LSD yang telah dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan aspek
keprihatinan responden mengikut pendapatan seperti ditujukan pada jadual 1.11. Jadual menunjukkan terdapat perbezaan
skor min yang signifikan aspek keprihatinan antara pendapatan RM 7001- RM 8000
dengan pendapatan RM 1000 ke bawah (sig. = 0.003), RM 1001 - RM 2000 (sig.=
0.009), RM 2001 -RM 3000 (sig.= 0.009) dan
RM 5001 -RM 6000 (sig.= 0.045). manakala hasil ini juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan dengan RM 4001 - RM 5000 (sig. = 0.097) dan RM 6001
-RM 7000 (sig.= 0.164).
PERBINCANGAN
DAN RUMUSAN
Aspek keprihatinan ini merangkumi aspek keprihatinan pembelajaran,
persaingan dan masa hadapan yang mendorong penglibatan dalam tuisyen. Hasil
kajian ini mendapati secara keseluruhannya persepsi ibu bapa tentang semua
komponen di bawah aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa pelajar tingkatan 6
rendah adalah berada pada aspek keprihatinan yang tinggi. Berdasarkan trend min
didapati bahawa nilai min yang paling tinggi adalah dirujukkan oleh
pembelajaran dan diikuti oleh masa hadapan dan persaingan. Ini membuktikan
aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa yang banyak mendorong mereka menyediakan
tuisyen kepada pelajar disumbangkan oleh komponen pembelajaran, masa hadapan
dan persaingan. Dengan ada persepsi positif bermakna peluang anak-anak mendapatkan
tuisyen lebih baik.
Seterusnya, analisis
terperinci persepsi ibu bapa tentang keprihatinan tuisyen terhadap penglibatan
tuisyen pelajar. Dapatan menunjukkan pencapaian nilai skor min bagi aspek
keprihatinan tuisyen terhadap pembelajaran berada pada aspek yang tinggi.
berdasarkan trend min pula, didapati
nilai min yang paling tinggi adalah ditunjukkan oleh keinginan ibu bapa
untuk anak-anak membuat persediaan peperiksaan, keinginan ibu bapa untuk
memperbaiki pencapaian anak-anak dan keinginan ibu bapa untuk memastikan
anak-anak menguasai strategi pembelajaran yang berkesan. Dapatan ini selari
dengan isu yang dibawa oleh Bray (2007) dan Nath (2008) iaitu, terdapat
pelbagai masalah yang telah menghalang keberkesanan program yang dilaksanakan
kepada setiap pelajar untuk mendapat pendidikan yang sama bagi setiap individu
yang berbeza, antara permasalahan mengganggu perancangan sekolah adalah sekolah
kecil, ketidakcukupan guru opsyen, pelajar terlalu ramai, gaya pembelajaran
tidak berkesan kepada semua pelajar, kebolehan pelajar berbeza dan kemampuan
guru mengajar di dalam kelas, serta peningkatan persaingan antara pelajar yang
menyebabkan ramai ibu bapa pelajar yang begitu prihatin dengan keadaan
pembelajaran anak mereka dan telah memilih untuk menyediakan tuisyen tambahan
(Tansel dan Bircan, 2006) kepada pelajar bagi menguasai setiap pelajaran yang
diajar di sekolah dengan lebih baik.
Dapatan seterusnya
menunjukkan pencapaian nilai skor min bagi aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa
terhadap persaingan berada pada aspek yang sederhana. berdasarkan trend min
pula, didapati nilai min yang paling tinggi adalah ditunjukkan oleh keinginan
ibu bapa untuk membantu anak meningkatkan keyakinan apabila bersama dengan
rakannya. Menerusi trend min pula, didapati bahawa nilai min yang sederhana
adalah ditunjukkan oleh keinginan ibu bapa untuk memberi peluang bersaing
dengan rakan-rakan, ingin meningkatkan kemahiran sosial anak, mahukan anak-anak
belajar dengan rakan. Dapatan ini menunjukkan keinginan ibu bapa untuk
meningkatkan keyakinan diri adalah lebih positif berbanding keinginan yang
lain. Hal ini, boleh dikaitkan dengan persepsi ibu bapa bahawa keyakinan diri
membolehkan anak-anak bersaing dan seterunya akan meningkatkan pencapaian
anak-anak. Situasi ini, selari dengan kajian Kowk (2004); Bray & Kwok
(2003) iaitu ibu bapa rasa sangat tertekan jika tidak menghantar anak-anak ke
pusat tuisyen sekiranya pelajar lain ke tuisyen. Justeru, tekanan ini mendorong
ibu bapa untuk berbelanja terhadap tuisyen
Dapatan seterunya
menunjukkan pencapaian nilai skor min bagi aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa
terhadap masa hadapan berada pada aspek yang tinggi. Berdasarkan trend min
pula, didapati nilai min yang paling
tinggi adalah ditunjukkan oleh keinginan ibu bapa untuk anak-anak mendapat
tempat di asrama penuh, ingin anak-anak memperoleh kefahaman yang mendalam bagi
topik yang sukar, mengubah sosioekonomi keluarga, dan memastikan anak mendapat
markah yang baik dalam peperiksaan. Hal ini boleh dikaitkan keprihatinan ibu
bapa membiayai tuisyen adalah demi masa hadapan anak-anak. Dapatan ini selari
dengan kajian Hanim & Ying (2010) yang mendapati seramai 67 orang responden
(83.8%) berpendapat bahawa ibu bapa mereka percaya bahawa guru di pusat tuisyen
dapat membantu pelajar meningkatkan keputusan.
Dapatan ini disokong oleh Bray dan Kwok (2003) aspek
keprihatinan tuisyen ibu bapa timbul disebabkan oleh estim-kendiri, kemampuan
belajar dan motivasi. Manakala Hanim dan Ying (2010) dan Kim (2005) melihat
aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa didorong oleh beberapa sebab iaitu: kualiti
pendidikan di sekolah adalah rendah, aspek peperiksaan, keberkesanan guru
mengajar dan tekanan rakan sebaya. Begitu juga dengan pandangan Tansel dan
Bircan (2006) yang mana, aspek keprihatinan tuisyen ibu bapa adalah didorong
oleh kekurangan pusat pengajian tinggi, bilangan pelajar ramai dalam kelas
bukanya aspek pendapatan ibu bapa itu sendiri. Hal ini, juga telah ditegaskan
oleh Kim (2005) yang mana ibu bapa dalam pelbagai lapisan status ekonomi
sanggup membelanjakan pendapatan mereka bagi memastikan pendidikan pelajar
adalah yang terbaik.
Terdapat beberapa penyelidik lain seperti Kim dan Park
(2010); Bray (2006) juga menyokong pendapat yang mengatakan ibu bapa juga
begitu menitik beratkan kelayakan pelajar masuk ke universiti. Oleh itu,
tuisyen ini sudah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan negara, seperti mana
di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. ketiga-tiga negara ini menunjukkan bahawa
70% pelajar menerima tuisyen di sepanjang pengalaman mereka belajar (Silova dan
Bray, 2006) dan di Malaysia sendiri seramai 83% pelajar menerima tuisyen semasa
sekolah menengah (Bray, 2007).
KESIMPULAN
Kajian ini mendapati bahawa
terdapat perbezaan keprihatinan ibu bapa terhadap tuisyen berdasarkan bangsa,
lokasi dan pendapatan ibu bapa. Hal ini menunjukkan tahap keprihatinan ibu bapa
di Daerah Hulu Langat berada pada tahap yang tinggi. Ibu bapa sanggup untuk
menyediakan tuisyen kepada anak-anak mereka dalam memastikan kejayaan anak-anak
di masa hadapan dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan berilmu.
RUJUKAN
Bray, M (2007). The Shadow Education System: Private
Tutoring and Its Implications for Planner. Edisi kedua. United Nations: Educational,
Scientific and Cultural Organization.
Bray, M (2006). Private
Supplementary Tutoring: Comparative Perspectives on Patterns and Implication. UNESCO
International Institute For Education Planning (IIEP) 36 (4): 515-530.
Bray, M. & Kwok, P (2003). Demand for Private
Supplementary Tutoring: Conceptual Considerations, and Socio-Economic Patterns
in Hong Kong. Economics of Education Review 22(6): 611-62
Dang, H. A (2007). The Determinants and Impact of
Private Tutoring Classes in Vietnam. Economics
of Education Review 26(6): 683-698.
Davies, S (2004). School Choice by Default?
Understanding the Demand for Private Tutoring in Canada. American
Journal of Education 110(3): 233-255.
Devi, R. & Singh, H (2011). A Student of
Perception of Parents, Students and Teachers Towards Private Tuition: A Case
Study of Kathua Twon. International Journal od Educational
Administration 3(1): 1-8.
Hanim Sulaiman & Ying, C. K. M (2010).
Faktor-Aspek Yang Mempengaruhi Penyertaan Tuisyen Berbayar Di Taman Universiti,
Skudai, Johor. http://eprints.utm.my/10914/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Penyertaan_Tuisyen.pdf
[ 15 Mei 2012]
Jamil Ahmad (2002).
Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu penilaian.
Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ireson, J (2005). How
widespread is private tuition?. Education Journal. Issues 87.
Kaplan, M.R. & Saccuzo, P.D (1997). Psychological
Testing: Principles, applications and issues. Ed. ke-4. Boston: Brooks/Cole
Publishing Company.
Kim, J.-H. & Park, D (2010). The Determinants of
Demand for Private Tutoring in South Korea. Asia
Pacific Educ. Rev 11(0): 411-421.
Kim, S & Lee, J.H (2004).
Private Tutoring and Demand for Education in South Korea. Economic
Development and Cultural Change 2010 58(2): 259-296.
Kim, T (2005). Shadow
Education: School Quality and Demand for Private Tutoring in Korea. Discussion
Paper No. 055: Interfaces for Advanced Economic Analysis. Kyoto: Kyoto
University.http://www.kier.kyoto-u.ac.jp/coe21/dp/51-60/21COE-DP055.pdf
[21 Mei 2012].
Merdeka canter (2005). Experiences with
Education System, Tuition Classes and Current Sentiments on the Economy.
Mashithah
Khalid & Nor Aishah Buang (2014). Tuisyen Persediaan
Peperiksaan PMR Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Dari Persepsi Ibu Bapa. International
seminar Global Education 2014. (CD).
Nath, S. R. 2008.
Private Supplementary Tutoring among Primary Students in Bangladesh. Educational
Studies 34(1): 55-72.
Rahmah Ismail, Zulridah
Mohd Nor & Noris Fatilla Ismail (2011). Impak Latihan Terhadap Perbezaan
Upah Antara Bandar-Terpilih Di Malaysia jurnal
ekonomi Malaysia 45(0): 41-51.
Stangor, C (1998). Research
Methods For The Behavioural Sciences. Boston: Houghton Miffin
Silova, I. & Bray,
M (2006). The Hidden Marketplace: Private Tutoring in Former Socialist
Countries. Dlm. (pnyt.). Education in a
Hidden Marketplace, Monitoring of Private Tutoring. Overview and Country
Reports, , hlm. 1-335. New York.