Sunday 4 October 2015

Prosiding: TUISYEN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PMR DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DARI PERSEPSI IBU BAPA

International Seminar Global Education 2014

TUISYEN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PMR DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DARI PERSEPSI IBU BAPA

MASHITHAH BINTI KHALID
NOR AISHAH BUANG
Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap tuisyen persediaan peperiksaan PMR pelajar tingkatan 4. Responden kajian adalah terdiri daripada ibu bapa pelajar tingkatan 4 seramai 50 orang di sekitar Bandar Baru Bangi. Soal selidik telah diedarkan kepada ibu bapa pelajar tingkatan 4 yang menyediakan tuisyen kepada pelajar bagi persediaan peperiksaan PMR. Data dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for Social Science 20 (IBM SPSS) bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan ujian-t. Dari hasil kajian mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap tuisyen persediaan PMR adalah pada tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tuisyen persediaan peperiksaan PMR dengan jantina serta lokasi. Walau bagaimanapun, tuisyen dapat membantu keperluan pembelajaran iaitu untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi peningkatan dalam pencapaian pelajar. Sehubungan dengan itu dicadangkan, bahawa ibu bapa berperanan untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak maka ibu bapa perlu memastikan anak-anak memperoleh pelajaran yang terbaik.

Kata kunci: tuisyen, tuisyen persediaan peperiksaan, persepsi ibu bapa terhadap tuisyen, perkembangan tuisyen, pencapaian peperiksaan

Pengenalan


Budaya masyarakat masa kini begitu mementingkan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan, dengan pandangan ini kebanyakan ibu bapa menyediakan kemudahan tuisyen kepada anak-anak mereka sebagai pembelajaran tambahan di sekolah bagi memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang (Devi & Singh 2011; Paviot, Heinsohn & Korkman 2008; Asri et al. 2012). Berdasarkan apa yang berlaku pada masa kini, didapati kebanyakan pelajar saling bersaing dalam memastikan mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (Tansel dan Bircan 2005). Hal ini dapat dilihat berdasarkan pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) semakin meningkat dari tahun 2010 dan 2011 bagi pelajar bandar dan luar bandar.

Jadual 1.1 Pencapaian Peperiksaan PMR Calon Bandar dan Luar Bandar

Lokasi
Bandar
Luar Bandar
Tahun
2010
2011
Beza
2010

bersambung…
2011
Beza

…sambungan
Semua A
24, 084
8.86%
26,189
9.72%
2,105
0.86%
5,825
3.81%
6,474
4.28%
649
0.46%
Semua B-D
168,319
61.95%
168,703
62.61%

384
0.67%
87,276
57.14%
91,022
60.15%
3,746
3.01%
Kombinasi lain
79,060
29.10%
74,330
27.59%
-4,730
-1.51%
59, 511
38.96%
53,711
35.49%
-5800
-3.47%
Semua E
249
0.09%
216
0.08%
-33
-0.01%
132
0.09%
121
0.08%
-11
-0.01%
Bil. duduki
271,712
269,438
-2,274
152744
151,328
-1,416
Nilai GPN
2.65
2.61
-0.04
2.93
2.90
-0.03

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
           
Peningkatan terhadap keputusan peperiksaan dalam kalangan pelajar di Malaysia merupakan faktor ibu bapa (Hanim & Ying 2010) pelajar begitu mementingkan persediaan dengan memberi tuisyen tambahan kepada pelajar sebelum mengambil peperiksaan agar mereka bersedia menghadapi peperiksaan dengan berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Dengan itu, permintaan tuisyen semakin meningkat pada saban tahun. Namun terdapat satu persoalan yang mana sistem persekolahan formal yang disediakan oleh kerajaan telah mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran yang baik. Hal ini  dibuktikan dalam oleh Merdeka Center (2005) yang mendapati bahawa kepuasan pelajar terhadap sistem pendidikan formal adalah tinggi iaitu pada aras 76%, pelajar merasakan puas dengan hanya belajar dalam sistem pendidikan formal manakala hanya seramai 24% merasakan tidak puas jika hanya belajar dalam sistem pendidikan formal.

Objektif Kajian


1.        Mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap tuisyen pelajar tingkatan 4 dalam persediaan peperiksaan PMR
2.        Mengenal pasti perbezaan skor min persepsi ibu bapa terhadap tuisyen persediaan peperiksaan PMR berdasarkan lokasi.
3.        Mengenal pasti perbezaan skor min persepsi ibu bapa terhadap tuisyen persediaan peperiksaan PMR pelajar tingkatan 4 berdasarkan jantina.

Ulasan Literatur


Perkembangan pendebatan isu tuisyen persendirian ini, sebagai faktor penting merangsang kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar dalam usaha ibu bapa memastikan anak-anak memperoleh pendidikan yang lebih baik bagi tujuan pulangan pada masa hadapan dan memastikan anak-anak mempunyai peluang kerjaya yang terbaik (Devi & Singh 2011). Kebiasaannya dalam fenomena tuisyen persendirian ini terdapat dua dimensi yang boleh dilihat iaitu dari sudut positif dan negatif Silova & Bray (2006). Walaupun terdapat kesan positif dan negatif ibu bapa masih memandang tuisyen adalah satu keperluan dalam pendidikan. Oleh itu, Tansel dan Bircan (2006) telah menyatakan  tiga sebab utama pelajar mendapatkan perkhidmatan tuisyen iaitu:

1)      Persediaan untuk peperiksaan  masuk ke universiti,
2)      Persediaan untuk peperiksaan masuk ke sekolah menengah
3)      Mengambil tambahan subjek daripada subjek formal sekolah menengah.

Tuisyen disediakan oleh ibu bapa menurut Bray (2006) adalah bertujuan untuk memberi kelebihan kepada pelajar bagi memperoleh keputusan yang lebih baik di sekolah, ini di sokong oleh Devi dan Singh (2011) menyatakan seramai 78% ibu bapa di Kathua, Bangladesh menyatakan tuisyen tambahan tidak dapat dielakkan dan perlu disediakan kepada pelajar.

Kebiasaannya perkhidmatan tuisyen ini lebih banyak ditawarkan di kawasan bandar berbanding di luar bandar, di samping itu juga terdapat jurang dalam tuisyen di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan (Bray 2006). Dapatan kajian Nath (2008) dari tahun 1998-2005 menunjukkan pelajar lelaki di bandar dan luar badar  adalah lebih signifikan ramai menerima tuisyen berbanding pelajar perempuan. Trend tuisyen yang berlaku di Bangladesh didapati pelajar lelaki di bandar lebih ramai yang mendapatkan tuisyen tambahan berbanding pelajar perempuan.

Jadual 1.2 Peratusan pelajar yang menerima tuisyen berdasarkan jantina, kelas dan kawasan

Kelas
Lelaki
Perempuan
Bandar
Luar bandar
1
23.6
20.9
43.6
19.6
2
32.2
26.4
48.7
27.2
3
37.4
31.1
51.6
31.8
4
39.9
34.3
61.1
33.5
5
43.7
33.5
62.2
35.6

Sumber: Nath (2008)

Metodologi


Kajian ini dijalankan kepada ibu bapa pelajar yang menyediakan tuisyen kepada pelajar bagi persiapan peperiksaan PMR. Oleh itu, ibu bapa yang terlibat adalah ibu bapa pelajar tingkatan 4 di kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi yang berada di bandar dan luar bandar. Pengumpulan data di buat dengan menggunakan borang soal selidik bagi mengetahui persepsi ibu bapa terhadap tuisyen tambahan yang di hadiri oleh pelajar sebelum berhadapan dengan peperiksaan PMR. Seramai 50 orang ibu bapa telah terlibat, sampel ini dipilih secara rawak mudah mengikut jantina ibu bapa dan lokasi tempat tinggal ibu bapa.

Secara umumnya soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A ialah demografi yang melibatkan jantina ibu bapa, jantina pelajar dan lokasi ibu bapa. Manakala bahagian B adalah persepsi ibu bapa berkaitan tuisyen yang telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 semasa persediaan peperiksaan PMR. Instrumen ini telah diadaptasi dari soal selidik yang diubahsuai oleh Budiene (2006) dalam kajian Education in a Hidden Marketplace: monitoring of private tutoring oleh Open Society Institute yang dibina oleh Education Policy Centre of Vilnius University iaitu Lithuanian questionnaire designed. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan bagi persepsi ibu bapa terhadap tuisyen memperoleh nilai alpha 0.747. Stangor (1998), Kaplan dan Saccuzo (1997) berpendapat nilai alpha 0.07 ke atas menunjukkan instrumen tersebut mempunyai kesahan dalaman yang tinggi. Nilai ini memberi maksud bahawa item-item yang terdapat dalam soal selidik itu dapat mengukur pemboleh ubah yang ingin dikaji.

Dapatan kajian ini akan dianalisis berdasarkan IBM SPSS Statistic 20. Dua jenis statistik telah digunakan, iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menggunakan tahap min yang dirujuk berdasarkan Jadual  1.3. manakala statistik inferensi melihat perbezaan menggunakan ujian-t.

Jadual 1.3        Interpretasi Skor Purata Ke dalam 5 tahap (Skala likert 5)

Skor Purata
Interpretasi
1.00 hingga  1.89
Sangat Rendah
1.90 hingga  2.69
Rendah
2.70 hingga  3.49
Sederhana
3.50 hingga  4.29
Tinggi
4.30 hingga  5.00
Sangat Tinggi

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).(2006b). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur.

Hasil Kajian


Profil Sampel Kajian


Kajian ini adalah kajian rintis yang dijalankan ke atas 50 orang ibu bapa Bandar Baru Bangi. Latar belakang sampel kajian ditunjukkan dalam jadual 1.4.

Jadual 1.4       Profil sampel kajian

Variable
Sampel kajian
Frekuensi
Peratusan (%)
Jantina ibu bapa
Lelaki
18
36
Perempuan
32
64
Lokasi
Bandar
26
52
Luar bandar
24
48

Persepsi ibu bapa terhadap tuisyen pelajar tingkatan 4 dalam persediaan peperiksaan PMR.


 Analisis deskriptif digunakan bagi menerangkan dapatan kajian mengenai persepsi ibu bapa pelajar tingkatan 4 terhadap tuisyen. Berikut ialah perincian min tahap persepsi ibu bapa:

Jadual 1.5       Taburan min, sisihan piawai bagi persepsi ibu bapa terhadap tuisyen

No
Item
Min
Sisihan piawai
Tahap
1
Saya mahukan profesion anak saya seperti saya

2.58
0.79
Rendah
2
Saya merasakan markah yang cemerlang akan meningkatkan status sosial saya

3.66
0.92
Tinggi
3
saya menghantar anak ke tuisyen adalah kerana terpaksa.

2.46
0.84
Rendah
4
Saya merasakan tuisyen tambahan memberi beban kepada ekonomi saya

2.56

0.61
Rendah

5
Saya merasakan untuk subjek yang kritikal seperti matematik memerlukan tuisyen tambahan
4.34
0.52
Sangat tinggi

6
Saya sangat percaya tuisyen persendirian sangat perlu untuk pertumbuhan pendidikan anak saya

3.98
0.77
Tinggi
7
Saya merasakan tuisyen tambahan  mempunyai hubungan dengan status ekonomi saya

3.20
0.97
Sederhana
8

Saya merasakan tuisyen tambahan akan menggalakkan anak-anak saya bekerja keras dalam pelajaran

3.68
0.84
Tinggi
9
saya menghantar anak saya ke tuisyen tambahan  kerana kurikulum yang terlalu padat

3.16
0.96
Sederhana
10
Saya  mewajibkan anak saya selesaikan kerja sekolah di tempat tuisyen

2.70
0.89
Sederhana
Jumlah keseluruhan
3.23
0.39
Sederhana


Berdasarkan jadual 1.5, didapati persepsi ibu bapa terhadap tuisyen berada pada tahap sederhana dengan min 3.23 dan sisihan piawai 0.39. terdapat satu item mempunyai min pada tahap yang sangat tinggi iaitu “Saya merasakan untuk subjek yang kritikal seperti matematik memerlukan tuisyen tambahan” nilai min 4.34. Seterusnya, bagi item persepsi ibu bapa terhadap markah yang cemerlang akan meningkatkan status sosial, ibu bapa percaya tuisyen boleh membantu perkembangan anak dan ibu bapa percaya dengan tuisyen anak-anak akan lebih berusaha menunjukkan skor min pada tahap tinggi di antara 3.20-3.68.

Perbezaan Skor Min Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tuisyen Persediaan Peperiksaan PMR  Berdasarkan Lokasi


Untuk melihat perbezaan persepsi ibu bapa terhadap tuisyen berdasarkan lokasi dan jantina dengan lebih jelas. Perbandingan skor min antara bandar dan luar bandar di lakukan. Hasil analisis secara inferensi adalah seperti dalam jadual 1.6


Jadual 1.6        Keputusan ujian-t bagi skor min persepsi ibu bapa berdasarkan lokasi

Kumpulan
Bil
min
sp
dk
nilai t
sig. (ρ)
Bandar
Luar Bandar
26
24
3.28
3.18
.41
.42
48
0.841
0.26

Jadual 1.6 di atas menunjukkan keputusan ujian-t untuk membandingkan min skor persepsi ibu bapa terhadap tuisyen tambahan berdasarkan lokasi. Analisis skor min di atas menunjukkan bahawa skor min persepsi ibu bapa di bandar (m= 3.28, sp= .41) adalah lebih besar berbanding skor min persepsi ibu bapa di luar bandar (m=3.18, sp= .42). Berdasarkan analisis data yang telah di buat, nilai t bagi perbandingan persepsi ibu bapa di antara bandar dengan luar bandar ialah t= 0.841 pada tahap signifikan p= 0.26. Tahap signifikan  ini lebih besar daripada 0.05 ( p> 0.05). Oleh itu,  hipotesis nal (Ho) diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi ibu bapa terhadap tuisyen antara ibu bapa di bandar dan luar bandar.

Perbezaan Skor Min Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tuisyen Persediaan Peperiksaan PMR Pelajar Tingkatan 4 Berdasarkan Jantina


Jadual 1.7        Keputusan ujian-t bagi skor min tahap pengurusan masa berdasarkan jantina

Kumpulan
Bil
min
sp
dk
nilai t
sig. (ρ)
Lelaki
Perempuan 
18
32
3.24
3.22
.43
.37
48
0.09
0.93

Jadual 1.7 di atas menunjukkan keputusan ujian-t untuk membandingkan min skor persepsi ibu bapa terhadap tuisyen berdasarkan jantina. Analisis skor min di atas menunjukkan bahawa skor min persepsi ibu bapa bagi yang lelaki  (m= 3.24, sp= .43) adalah lebih besar berbanding skor min persepsi ibu bapa perempuan (m=3.22, sp= .37). Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, nilai t bagi perbandingan persepsi ibu bapa di antara lelaki dengan perempuan ialah t= 0.09 pada tahap signifikan p= 0.93. Tahap signifikan  ini lebih besar daripada 0.05 ( p> 0.05). Oleh itu,  hipotesis nal (Ho) diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi ibu bapa terhadap tuisyen antara ibu bapa yang perempuan dan lelaki.

Perbincangan dan Rumusan


Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji telah mengkaji berkaitan tuisyen daripada persepsi ibu bapa terhadap tahap penglibatan tuisyen,  perbezaan skor min terhadap penglibatan tuisyen berdasarkan lokasi dan perbezaan skor min terhadap penglibatan tuisyen berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini, dari aspek tahap penglibatan tuisyen menunjukkan min penglibatan yang sederhana. Manakala perbezaan min penglibatan tuisyen berdasarkan lokasi dan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara keduanya.

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tuisyen Pelajar Tingkatan 4 dalam Persediaan Peperiksaan PMR


Dapatan kajian ini menunjukkan secara keseluruhan persepsi ibu bapa terhadap penglibatan tuisyen adalah pada tahap yang sederhana. Namun kesemua ibu bapa merasakan penglibatan dalam tuisyen bagi subjek yang sukar adalah sangat tinggi ini selari dengan kajian Merdeka Centre (2005),  mendapati seramai 64% ibu bapa di Malaysia menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan mengambil 3 subjek yang popular iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. ini disokong oleh Pavlot et al. (2008) pelajar yang mengikuti tuisyen di 6 buah negara Afrika yang dikutip oleh SACMEQ menunjukkan corak pencapaian bagi membaca dan Matematik adalah konsisten dan signifikan tinggi berbanding pelajar yang tidak mendapatkan tuisyen. Di samping itu keprihatinan penglibatan pusat tuisyen juga didorong oleh kualiti sekolah yang rendah (Kim 2007), peperiksaan (Kwok & Percy 2004) dan tekanan rakan sebaya (Bray & Kwok 2003; Kim 2007).

            Dapatan ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa juga bersetuju bahawa dengan penglibatan tuisyen dapa membantu perkembangan dalam kejayaan pendidikan anak-anak ini di sokong oleh Husaina (2012) yang melihat bahawa tuisyen dapat menyokong peningkatan sumber manusia bagi pelajar dalam situasi pencapaian tinggi dan berpencapaian rendah Husaina (2012)

Dari aspek beban kewangan ibu bapa tidak merasakan penglibatan tuisyen akan membebankan kewangan, ini kerana dapatan menunjukkan min pada tahap rendah. Ini disokong oleh Tansel & Bircan (2006) kkebanyakan keluarga ingin melihat anak-anak mereka berjaya di peringkat sekolah agar mereka boleh melanjutkan pelajaran di universiti dan seterusnya boleh memperoleh pekerjaan yang baik pada masa hadapan, oleh itu ibu bapa sanggup berbelanja lebih terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan menyediakan pendidikan tambahan.

Begitu juga menghantar anak bagi persediaan peperiksaan bukanlah satu beban kepada ibu bapa. Dapatan  menunjukkan min yang rendah ini menunjukkan ibu bapa tidak merasakan beban dalam menyediakan tuisyen kepada anak-anak kerana (Tansel dan Bircan 2006) kebanyakan negara membangun perbelanjaan tuisyen dikeluarkan oleh ibu bapa oleh sebab keprihatinan ibu bapa yang berpunca daripada kurangkan pusat pengajian tinggi, bilangan pelajar ramai di dalam kelas, perbelanjaan di sekolah bantuan kerajaan adalah rendah. Oleh itu perbelanjaan tuisyen bagi ibu bapa di bandar dan luar  bandar bukanlah satu beban.

Perbezaan Skor Min Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tuisyen Persediaan Peperiksaan PMR Berdasarkan Lokasi.


Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan  antara persepsi ibu bapa terhadap tuisyen persediaan peperiksaan PMR berdasarkan lokasi tempat tinggal pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang tinggal di Bandar dan luar Bandar masing-masing terlibat dengan tuisyen. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Hasil kajian Tansel & Bircan (2006), yang mendapati ibu bapa di bandar tidak kira tahap sosioekonomi mereka memperuntukkan  jumlah yang besar untuk pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka.

 Namun keadaan ini adalah bertentang dengan dapatan Bray (2006) yang menyatakan permintaan dan penawaran tuisyen adalah berbeza mengikut kawasan iaitu bandar dan luar bandar, dan pendapatan keluarga iaitu pendapatan rendah, pendapatan sederhana, dan pendapatan  tinggi. Kesemua ibu bapa merasakan dengan menyediakan tuisyen dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Penglibatan tuisyen juga tidak mendatangkan beban kepada ibu bapa sama ada yang tinggal di Bandar atau luar Bandar. Kebiasaannya ibu bapa di luar Bandar kurang pendedahan terhadap kepentingan tuisyen, namun dapatan ini telah bercanggah dan mendapati tidak kira sama ada ibu bapa di Bandar atau luar Bandar melihat tuisyen persediaan bagi peperiksaan PMR adalah sangat penting. Namun kajian Tansel & Bircan (2006) Kebiasaannya perkhidmatan tuisyen ini lebih banyak ditawarkan di kawasan bandar berbanding di luar bandar.

Perbezaan Skor Min Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tuisyen Persediaan Peperiksaan PMR Pelajar Tingkatan 4 Berdasarkan Jantina.

Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tuisyen persediaan tuisyen dengan jantina. ini menjelaskan bahawa jantina tidak mempengaruhi penglibatan dalam tuisyen persediaan peperiksaan. Namun dalam kajian Bray (2000) mendapati bahawa terdapat jurang dalam tuisyen di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ini di sokong oleh Nath (2008) dari tahun 1998-2005 menunjukkan pelajar lelaki di bandar dan luar badar adalah lebih signifikan ramai menerima tuisyen berbanding pelajar perempuan.

Kesimpulan


Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi  ibu bapa terhadap  tuisyen. Bagi setiap ibu bapa mendapati bahawa tuisyen adalah penting tidak kira sama ibu bapa yang berada di bandar dan luar bandar, begitu juga persepsi ibu bapa yang perempuan dan lelaki juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan. Mereka  melihat tuisyen adalah sangat penting kepada pelajar untuk berhadapan dengan peperiksaan PMR. Menurut Juang & Lee (2010) ibu bapa percaya bahawa tuisyen mampu mengubah pencapaian akademik pelajar dan ia merupakan sekuriti kewangan pada masa hadapan. Ini sependapat dengan Bray (2006) yang menyatakan tujuan ibu bapa memberi tuisyen kepada pelajar adalah untuk memberi kelebihan kepada mereka memperoleh keputusan yang lebih baik di sekolah. Budaya dalam menghantar anak ke tuisyen adalah berbeza di antara bandar dan luar bandar, pendapatan rendah, pendapatan sederhana dan masyarakat yang mempunyai pendapatan yang tinggi (Bray 2006). Keadaan ini juga telah dibuktikan dalam kajian Tansel dan Bircan (2006); Bray (2006) yang menyatakan perbelanjaan tuisyen persendirian oleh ibu bapa ini dilihat lebih tinggi di bandar berbanding di luar bandar.

Rujukan


Bray, M. 2006. Private Supplementary Tutoring: Comparative Perspectives on Patterns and Implication. UNESCO International Institute For Education Planning (IIEP) 36 (4): 515-530.

Bray, M. & Kwok, P. 2003.  Demand For Private Supplementary Tutoring: Conceptual Consideration, And Socio-Economic Patterns  In Hong Kong. Economics Of Education Review 22:611-620.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2006b). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur

Devi, R. & Singh, H. 2011. A Student of Perception of Parents, Students and Teachers Towards Private Tuition: A Case Study of Kathua Twon.  International Journal od Educational Administration  3(1): 1-8.

Hanim Sulaiman & Ying, C.K.M. 2010. Faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan tuisyen. http://eprints.utm.my/10914/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Penyertaan_Tuisyen.pdf [ 15 Mei 2012].

Husaina, B. K.   2012.   An Economic Analysis of Household Educational Decisions in Malaysia.   Tesis Doctor of Philosophy,  Department Educational Leadership and Policy Studies of School of Education,  Indiana University.

Jung, J. H. & Lee, K. H.   2010.   The Determinants of Private Tutoring Participation and Attendant Expenditures in Korea.  Asia Pacific Educ. Rev  11(0): 156-168.

Kaplan, M.R. & Saccuzo, P.D. 1997. Psychological Testing: Principles, applications and issues. Ed. ke-4. Boston: Brooks/Cole Publishing Company.

Kim, J.   2007.   Factors Influencing the Participation of Korean High School Students in Private Tutoring Activities under the Implementation of the High School Equalization Policy.   Tesis Doctor of Philosophy,  Educational Policy Studies,  The Pennsylvania State University.

Kwok, L. Y. & Percy. 2004. Emergance of Demand for Private Supplementary Tutoring in Hong Kong: Argument, Indicators and Implications.

Merdeka Centre. 2005. Experiences with Education System, Tuition Classes and Current Sentiments on the Economy.

Nath, S.R. 2008. Private Supplementary Tutoring Among Primary Students in Bangladesh. Educational Studies 34 (1): 55-72.

Paviot, L. Heinsohn, N. & Korkman, J. 2008. Extra Tuition In Southern and Eastern Africa: Coverage, Growth, and Linkages With Pupil Achievement. International Journal of Education Development 28: 149-160.

Silova, I. & Bray, M .2006. Concepts and Issues: The Private Tutoring Phenomenon: International Patterns and Perspective. Dlm Education Support Program. Education in A Hidden Marketplace: Monitoring of Private Tutoring. Hlm 27-40. Open Society Institute.

Stangor, C. 1998. Research Methods For The Behavioural Sciences. Boston: Houghton Miffin

Tansel, A & Bircan, F. 2006.  Demand for education in Turkey: A tobit analysis of private tutoring expenditure. Economics of Education Review 25: 303-313.


MASHITHAH KHALID

Mashithah87@gmail.com

No comments:

Post a Comment