Monday 28 May 2012

Metakognisi


METAKOGNISI DAN PENYELESAIAN MASALAH DALAM PERSOALAN SUBJEK EKONOMI PELAJAR SARJANA MUDA EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


MASHITHAH KAHLID
MUHAMMAD HUSSIN

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia


ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri metakognisi pelajar  sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti matakognisi dalam menyelesaikan persoalan subjek ekonomi. Ia merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif  untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti Ekonomi UKM. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah berdasarkan soalan ekonomi dan  soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori yang di nilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c) pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah di gunakan untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah di gunakan untuk melihat  hubungan di antara ciri metakognisi dengan  konsep penyelesaian masalah, manakala ujian-t di gunakan untuk melihat perbezaan di antara tahap keupayaan matematik dan jantina dengan ciri metakognisi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi.  Bagi keupayaan  matematik dengan ciri metakognisi menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. Manakala bagi ciri metakognisi mengikut jantina terdapat perbezaan dalam perancangan yang mana wujud perbezaan di antara perancangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hasil daripada kajian ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah adalah penting.  
Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah ekonomi, pendidikan ekonomi.

ABSTRACT

This study is a survey aimed at identifying features of metacognition economic undergraduates at This purpose of this study was to determine features of metacognition economic undergraduates at National University of Malaysia (UKM) is conducted to identify matacognition in resolving the question of economic subjects, and problem solving, procedural characteristics of students in mathematical problem solving in economic subjects. This study used a quantitative approach for data collection to include 55 students from the Faculty of Economics University. This study two tools that is test problem-solving based on economic questions and questionnaires related to metacognition. Three categories of metacognition in the inventory value is (a) cognitive strategies, (b) planning and (c) monitoring and evaluation. Analysis of the mean and the percentage has been used to answer the question set. Correlation test was also used to look at the relationship between procedural characteristics with the concept of problem solving, while the t test used to see the difference between the level of mathematical ability and gender with procedural features. The findings of the study showed that research no significant relationship between procedural characteristics of students to the concepts expressed by the solution of economic problems in the economic subjects. For the mathematical ability of the procedural characteristics showed no significant difference. While the procedural characteristics according to gender differences in the  plans where they exist differences between the planning of boys and girls. . the Results are  show that the use of metacognition among students, especially in problem solving is important.
Keywords: metacognitive, cognitive strategies, planning, evaluation, problem solving economic, educational economics.


PENGENALAN


Program Ekonomi mula diperkenalkan di Universiti Kebangsaan  Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Matlamat program ekonomi ini adalah untuk melahirkan pelajar ekonomi yang mampu untuk menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. (Brosur prasiswazah 2009). Matlamat Program Ekonomi di UKM bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai  ini kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Di mana mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan Universiti di Melbourne, Australia (Johnston, James, Lye, & McDonald 2000).
Pengiraan merupakan asas kepada kebanyakan subjek yang akan diambil oleh pelajar dalam setiap perkembangan pendidikan mereka. Begitu juga pelajar yang bukan berlatar belakangan ekonomi, didapati terdapat pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda ekonomi tidak mempunyai latar belakang dalam subjek ekonomi. Namun demikian ini tidak mendatangkan masalah kerana semua pelajar mempunyai asas matematik yang boleh memandu pelajar dalam menguasai subjek ekonomi ini, hal ini telah dijelaskan oleh Gallo dan Johnson (2008), antara faktor kejayaan dalam subjek ekonomi adalah kemahiran asas matematik.  Subjek ekonomi merupakan satu subjek yang mengandungi unsur  pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil  kos ini memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat pencapaian yang cemerlang. Oleh hal demikian pemelajaran ekonomi boleh di nilai dengan menggunakan kaedah metakognisi terhadap pelajar dalam menyelesaikan permasalahan di dalam mata pelajaran ekonomi. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan  permasalahan atau menggunakan kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya.
Pembelajaran ekonomi sering kali berkaitan dengan kaedah metakognisi. Berikutan subjek ekonomi merangkumi perbagai aspek maka pelajar perlu mengetahui setiap aspek dalam menyelesaikan setiap persoalan dalam ekonomi. Hal ini adalah kerana metakognisi adalah bertujuan membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan kesalahan di dalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Penggunaan pendekatan metakognisi menurut Najmi Hayati (2009) ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan berfikir dan sekali gus meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Tambahnya lagi metakognisi merujuk kepada sejauh mana strategi yang perlu digunakan supaya ia dapat mengawal proses pembelajaran pelajar sendiri.
Pelajar ijazah sarjana muda ekonomi mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, tidak semua pelajar yang pernah belajar ekonomi semasa peringkat STPM ataupun diploma, terdapat pelajar yang mengambil ijazah sarjana  muda ekonomi bukanlah pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terdapat pelajar mengambil ekonomi setelah permohonan mereka dalam aliran seperti sains tulen tidak dapat dipenuhi, maka mereka mengambil kos ekonomi dan beralih kepada aliran sastera, akibat pemilihan kedua di dalam kos ekonomi ni menjadi masalah dalam penguasaan semua subjek ekonomi dan menyebabkan pencapaian dalam subjek ekonomi ini telah menurun dan tidak memperoleh CGPA yang menggalakkan.
Berdasarkan keputusan peperiksaan didapati Pencapaian akademik pelajar yang semakin menurun, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penurunan ini, adalah disebabkan gaya pembelajaran di dalam bilik darjah, di mana gaya pembelajaran guru masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru, guru masih kurang memberi perhatian terhadap proses dan bagaimana cara pelajar berfikir dalam menerima pembelajaran dan menyelesaikan masalah dalam setiap persoalan bagi subjek berkenaan (Najmi Hayati  2009). Faktor yang seterusnya dikaitkan dengan penurunan dalam pencapaian subjek ekonomi adalah faktor pedagogi, gender dan minat, kemampuan penguasaan matematik, saiz kelas (Elizabeth, Jensen & Ann 2001; McCarty, Padgham & Bennett 2006; Aris & walker 2004).
Pencapaian pelajar semakin menurun juga boleh di kaitkan oleh pelajar itu sendiri, di mana pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk menyelesaikan setiap tugas-tugas yang diberikan dengan kompleks tetapi gagal untuk menggunakannya (Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee dan Sahar Bayat 2010). Oleh hal itu subjek ekonomi adalah  subjek yang memerlukan banyak pemahaman dari aspek bacaan, pengiraan dan melukis. Pemahaman konsep asas pengiraan adalah penting bagi memahami pembelajaran. Oleh itu dalam kajian (McCarty, Padgham dan Bennett 2006) telah mendapati subjek ekonomi ini adalah subjek yang perlu diberi perhatian pensyarah di mana pengajaran di dalam kelas adalah satu keutamaan, terutama memberi tumpuan berkaitan prestasi yang rendah secara berterusan dalam kalangan wanita di seluruh negara. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan konsep belajar dan bagaimana kaedah belajar yang berkesan, jika seseorang pelajar yang dapat merancang, memantau dan menilai proses pembelajaran mereka dikatakan mempunyai kemahiran metakognisi yang baik.
 Kajian-kajian kos ekonomi sebelum ini telah membincangkan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Faktor yang sering dikaitkan oleh pengkaji dalam pencapaian pelajar ekonomi adalah saiz kelas, GPA kemasukan kolej, persekitaran, personaliti, minat, dan gender (Aris dan walker 2004, McCarty, Padgham dan Bennett 2006; Elizabeth et al. 2001; Mandel dan Sussmuth 2011). Pengkaji masih kurang melihat pencapaian pelajar melalui kaedah gaya pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah atau persoalan ekonomi dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari. Oleh hal ini pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian untuk melihat penggunaan kaedah pemikiran berfikir yang fokus kepada gaya pemikiran metakognisi. Pengkaji akan melihat pencapaian pelajar melalui kaedah gaya pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah atau persoalan ekonomi dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka ciri-ciri metakognisi pelajar ijazah sarjana muda ekonomi berhubung dengan penyelesaian persoalan ekonomi. Tumpuan kajian adalah untuk mengetahui hubungan antara ciri-ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Seterusnya kajian ini akan membandingkan penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi, mengikut tahap matematik dan bangsa pelajar. Penyelidikan ini telah menggariskan tiga (3) objektif kajian yang ingin di capai:
1.       Mengenal pasti  ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan masalah matematik dalam subjek ekonomi.
i.                     Mengenal pasti ciri metakognisi pelajar mengikut tahap matematik.
ii.                   Mengenal pasti ciri metakognisi pelajar mengikut bangsa.
2.       Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi
3.       Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar mengikut tahap keupayaan matematik dan jantina dalam metakognisi apabila menyelesaikan masalah ekonomi dalam subjek ekonomi?.
Berdasarkan objektif  kajian di atas, hipotesis nall pada tahap kesignifikanan α= 0.05 yang di bina adalah seperti berikut:
Ho1:            Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi.
Ho2:            Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penyelesaian masalah   ekonomi dalam kalangan pelajar mengikut tahap pengetahuan matematik
H03:            Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penyelesaian perwakilan masalah ekonomi antara pelajar Melayu dan Cina.

KAEDAH KAJIAN


SEMPEL KAJIAN
Kajian ini di jalankan dalam kalangan pelajar ekonomi fakulti ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan ujian bagi subjek ekonomi bagi mengukur ciri metakognisi dan pemboleh ubah keupayaan matematik dalam menyelesaikan persoalan bagi subjek ekonomi dalam kalangan 100 orang pelajar. Sampel di pilih secara rawak mengikut jantina dan  bidang pengajian di Fakulti Perniagaan dan ekonomi sebanyak 55 borang (55%) berjaya di kutip kembali daripada responden.
INSTRUMEN KAJIAN
Secara umumnya, item dalam soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengandungi pertanyaan demografi pelajar bertujuan mengumpul maklumat tentang latar belakang pelajar. Bahagian B ialah instrumen penyelesaian masalah soalan ekonomi yang di ambil daripada soalan peperiksaan STPM 2008 bagi menguji kemampuan pelajar menjawab soalan berdasarkan ciri metakognisi.
 Bahagian C adalah untuk mengukur metakognisi pelajar berdasarkan tiga faktor iaitu strategi kognitif, perancangan, dan pemantauan dan penilaian yang menggunakan skala likert, skor dari setiap item adalah lima (5) iaitu “1 = Langsung tidak pernah”, “2= Hampir tidak pernah”, “3 = Kadang-kadang”, “4 = Hampir selalu”, dan “5= Sangat selalu”. Mata yang telah di ubahsuai daripada kajian Roslina Radzali (2007).  Instrumen ini mengandungi 22 item yang telah di bina untuk mengukur sejauh mana pelajar ekonomi menggunakan ciri metakognisi mereka.  

ANALISIS DATA


Dapatan  kajian ini di analisis berdasarkan IBM SPSS STATISTIC 19 dan analisis dokumen. Dapatan kajian juga akan di rujuk menggunakan jadual 2, 3 dan 4 bagi tujuan mengkategorikan keputusan yang di buat sama ada menolak atau tidak menolak hipotesis null.

Jadual 2: Interpretasi Skor Purata dalam 5 Tahap
SKOR PURATA
INTERPRETASI
1.00 hingga 1.89
Sangat rendah
1.90 hingga 2.69
Rendah
2.70 hingga 3.49
Sederhana  
3.50 hingga 4.29
Tinggi
4.30 hingga 5.00
Sangat tinggi
Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).(2006b). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur


Jadual 3: Interpretasi Nilai Korelasi

NILAI PEKALI KORELASI (R)
KEKUATAN PERKAITAN
0.80  hingga 1.00
Hubungan yang sangat kuat
0.60 hingga 0.80
kuat
0.40 hingga 0.60
Sederhana
0.20 hingga 0.40
Lemah   
0.00 hingga 0.20
Sangat lemah
Sumber:  Alias Baba (1997)

Jadual 1:  Pemarkahan bagi Penyelesaian Masalah
KATEGORI PENYELESAIAN MASALAH
SUBKOD PENDEKATAN STRATEGI
PENGETAHUAN KONSEP
Sub kod penggunaan grafik:
1. Tanpa grafik
2. Grafik sepenuhnya
3.Grafik separa tanpa urutan
4. Tanpa urutan
5. Tiada respons
Ungkapan algebra atau persamaan algebra:
1.Persamaan ayat matematik
2. Rumus
3. Naratif
4. Memanipulasikan angka atau cuba jaya
5. Tidak jelas
1. Tiada respons
2. Tidak sempurna
3. Hampir sempurna
4. superior
Sumber: Diubahsuai daripada  Bogdan & Biklen 2007; Roslina 2007

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan  berkaitan profil kajian, dapatan deskriptif dan dapatan inferensi terhadap persoalan yang telah di kemukakan, setiap dapatan akan di tunjukkan dalam bentuk jadual dan akan di persembahkan dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai.

PROFIL SAMPEL


Jadual 4 menunjukkan kekerapan menggunakan grafik dalam soalan 1 hingga 5. Berdasarkan jadual penyelesaian masalah menggunakan grafik ini hanya  melibatkan soalan 1 dan 3 sahaja. Daripada analisis di dapati soalan satu (1) seramai 29 orang (52.5%) pelajar telah menjawab  soalan dengan menggunakan grafik sepenuhnya, walau bagaimanapun masih terdapat 26 orang pelajar (47.3%) tidak memberi respons kepada soalan yang diutarakan. Analisis bagi soalan tiga (3) menunjukkan penggunaan grafik sepenuhnya bagi 55 orang responden (100%).





Jadual 4: Kekerapan Penggunaan Grafik dalam Penyelesaian Soalan Ekonomi Satu(1) Hingga Lima (5)

SOALAN
PENGGUNAAN GRAFIK
N
PERATUS (%)
1
Grafik sepenuhnya
29
52.7
Tiada respons
26
47.3
2
Tanpa grafik
55
100
3
Grafik sepenuhnya
55
100
4
Tanpa grafik
55
100
5
Tanpa grafik
55
100

                Jadual 5 menunjukkan penggunaan strategi di dalam menyelesaikan persoalan ekonomi, soalan satu jawapan yang diberikan adalah berdasarkan persamaan matematik iaitu seramai 29 orang (52.7%), dan  terdapat 26 orang (47.3%) pelajar yang tidak memberi respons kepada jawapan. Soalan ke dua juga menggunakan persamaan matematik,  52 orang (94.5%) pelajar telah menjawab dengan kaedah yang betul dan 3 orang (5.5%) pelajar tidak memberi respons kepada soalan. Bagi soalan tiga (3) ia melibatkan penggunaan strategi menjawab naratif iaitu seramai 55 orang (100%). Soalan 4 juga menggunakan kaedah persamaan ayat matematik iaitu seramai 54 orang pelajar (98.2%). Telah berjaya menjawab dengan kedah yang betul. Dan soalan yang terakhir  terdapat seorang (1.8%) pelajar telah menjawab mengagungkan kaedah ungkapan algebra, persamaan ayat matematik 32 orang pelajar (58.2%) dan terdapat 22 orang pelajar tidak memberi sebarang respons kepada soalan berkenaan.

Jadual 5: Kekerapan Penggunaan Strategi dalam Penyelesaian Soalan 1 Hingga 5

SOALAN

PENGGUNAAN STRATEGI

N

PERATUSAN

1

Persamaan ayat matematik

29

52.7

Tiada respons

26

47.3

2

Persamaan ayat matematik

52

94.5

Tiada respons

3

5.5

3

naratif

55

100

4

Persamaan ayat matematik

54

98.2

Tiada respons

1

1.8

5

Ungkapan algebra atau persamaan algebra

1

1.8

Persamaan ayat matematik

32

58.2

Tiada respons

22

40


Jadual 6 menunjukkan kekerapan pengetahuan konsep  pelajar dalam menjawab soalan 1 hingga 5. Analisis berdasarkan soalan 1 menunjukkan tiada respons seramai 26 orang (47.3%), hampir sempurna jawapan yang diberi ialah 16 orang (29.1%) dan seramai 13 orang (23.6%) telah  menjawab dengan superior. Bagi soalan 2 seramai 50 orang pelajar (90.9%) menjawab dengan superior, 3 orang pelajar (5.5%) tiada respons, dan hampir sempurna dan tidak sempurna masing-masing  seramai seorang (1.8%). Soalan 3 kesemua pelajar menjawab dengan superior iaitu seramai 55 orang ( 100%). Soalan ke empat majoriti pelajar iaitu seramai 40 pelajar ( 72.7%) menjawab soalan hampir sempurna jawapan yang diberi, diikuti dengan superior seramai 11 orang pelajar (20%) dan tidak sempurna seramai 2 orang (5.5%). Soalan terakhir seramai 29 orang pelajar  (52.7%) menjawab dengan superior, 22 orang tidak memberi respons dan 4 orang menjawab dengan hampir sempurna.



Jadual 6:  Kekerapan Pengetahuan Konsep Pelajar dalam Penyelesaian Soalan Ekonomi


SOALAN
PENGGUNAAN
N
PERATUSAN
1
Tiada respons
26
47.3
Hampir sempurna
16
29.1
superior
13
23.6
2
Tiada respons
3
5.5
Tidak sempurna
1
1.8
Hampir sempurna
1
1.8
Superior
50
90.9
3
Superior
55
100
4
Tiada respons
1
1.8
Tidak sempurna
2
5.5
Hampir sempurna
40
72.7
Superior
11
20
5
Tiada respons
22
40
Hampir sempurna
4
7.3
Superior
29
52.7

Jadual 7 menunjukkan analisis kekerapan markah yang diperoleh daripada ujian yang di jalankan, berdasarkan 5 soalan yang telah diberi. Dapatan kajian ini seramai 2 orang pelajar (3.6%) telah mendapat markah penuh iaitu 18 markah dan seramai 8 orang pelajar (14.5%) memperoleh 17 markah. Manakala pelajar paling ramai memperoleh 9 markah iaitu seramai 18 orang pelajar (32.7%) kedua tertinggi markah yang di peroleh ialah 16 markah iaitu seramai 12 orang (21.8%), bagi markah terendah yang diperoleh oleh pelajar adalah 3 markah dan 5 markah masing-masing di peroleh seorang pelajar yang gagal menjawab soalan.

Jadual 7: Kekerapan Markah yang  Diperoleh daripada Ujian


MARKAH

N

PERATUSAN

3

1

1.8

5

1

1.8

8

1

1.8

9

18

32.7

10

4

7.3

11

1

1.8

14

2

3.6

15

5

9.1

16

12

21.8

17

8

14.5

18

2

3.6

Jumlah

55

100



DAPATAN KAJIAN DESKRIPTIF


Persoalan kajian 1: Apakah ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan masalah matematik dalam subjek ekonomi?
i)                   Apakah ciri metakognisi pelajar mengikut tahap matematik
ii)                 Apakah ciri metakognisi pelajar mengikut bangsa?
Jadual 8 menunjukkan  min keseluruhan ciri matekognisi strategi kognitif (m= 3.58, SP= .51), perancangan (m= 4.27, SP = .49) dan  pemantauan (m= 3.86, SP= .44) berada pada tahap penguasaan matematik yang tinggi.

Jadual 8 : Min dan sisihan piawai ciri metakognisi secara keseluruhan dan mengikut tahap matematik pelajar [ Cemerlang (C), n= 20; Sederhana (S), n= 17; Sangat Lemah (SL), n= 7; Lemah (L), n= 11]
CIRI METAKOGNISI
TAHAP
MIN
INTERPRETASI
SISIHAN PIAWAI
a) Strategi  kognitif

Keseluruhan
3.58
Tinggi
.51
C
3.61
Tinggi
.33
S
3.48
Sederhana
.75
SL
3.91
Tinggi
.34
L
3.45
Sederhana
.38
b) Perancangan
Keseluruhan
4.27
Tinggi
.49
C
4.36
Sangat Tinggi
.36
S
4.22
Tinggi
.66
SL
4.37
Sangat Tinggi
.24
L
4.13
Tinggi
.52
C) Pemantauan dan penilaian
Keseluruhan
3.86
Tinggi
.44
C
3.78
Tinggi
.44
S
3.91
Tinggi
.47
SL
3.91
Tinggi
.44
L
3.89
tinggi
.37

Jadual 9 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati terdapat trend yang agak ketara di antara lelaki dan perempuan dalam Ciri metakognisi startegi kognitif dan perancangan. Min strategi kognitif   mendapati  min perempuan adalah  (P, m= 3.60, SP= .43 dan  min pelajar lelaki adalah sederhana  (L, m= 3.48, SP= .82), manakala perancangan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai min sangat tinggi (P, m= 4.32, SP= .46) dan pelajar lelaki min adalah tinggi (L, m= 4.04, SP= .59). Min pemantauan dan penilaian antara lelaki dan perempuan adalah tinggi (L, m= 3.84, SP = .43) (P, m= 3.86, SP= .45).

Jadual 9 : Min dan Sisihan  Piawai Ciri Metakognisi Mengikut Jantina ( Lelaki, N= 10; Perempuan, N= 45).
METAKOGNISI
JANTINA
MIN
INTERPRETASI
SISIHAN PIAWAI
Strategi kognitif
Lelaki
3.48
Sederhana
.82
Perempuan
3.60
Tinggi
.43
Perancangan
Lelaki
4.04
Tinggi
.59
perempuan
4.32
Sangat Tinggi
.46
Pemantauan dan penilaian
Lelaki
3.84
Tinggi
.43
Perempuan
3.86
Tinggi
.45

Hasil daripada dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang ekonomi menggunakan ciri metakognisi dalam merancang dan penilaian dengan baik dalam menyelesaikan masalah dalam persoalan ekonomi. Hal ini dapat di simpulkan tahap keupayaan penyelesaian masalah pelajar akan lebih berkesan jika menggabungkan ketiga-tiga ciri metakognisi ini walaupun tahap keupayaan matematik pelajar pada tahap yang kurang membanggakan.




DAPATAN KAJIAN INFERENS


Persoalan kajian 2: Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi?
Jadual 10 menunjukkan hubungan bagi setiap ciri metakognisi pelajar dengan pengetahuan konsep pelajar dalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Analisis kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan strategi dalam menyelesaikan soalan ekonomi melalui pengetahuan konsep, soalan 1, 2  mempunyai hubungan lemah (r=.222, p> 0.05), manakala soalan 3 dan 5 menunjukkan hubungan yang sangat lemah ( r= .331, p>0.05) dan soalan 5 (r= .106, p> 0.05). bagi  soalan 4 hubungan adalah sederhana (r= .427, p> 0.05)

Hubungan yang dapat dilihat seterusnya ialah hubungan perancangan dalam penyelesaian soalan ekonomi dengan penggunaan konsep, soalan 1 (r= .142, p> 0.05), soalan 3 (r= 0, p< 0.05) dan soalan 5 (r=.081, p>0.05) mempunyai hubungan sangat lemah. Manakala soalan 2 dan 4 menunjukkan hubungan yang lemah, soalan 2(r= -.17, p> 0.05) dan soalan 4(r= -.085, p> 0.05)

Hipotesis nall yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi adalah gagal di tolak. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang di gunakan untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan.
Jadual 10: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan  Ekonomi


STRATEGI
HUBUNGAN
PERANCANGAN
HUBUNGAN
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
HUBUNGAN
Pengetahuan konsep B1
.222
Lemah
.142
Sangat lemah
.048
Sangat lemah
Pengetahuan konsep B2
.387**
Lemah
.331*
Lemah
-0.17
Sangat lemah
Pengetahuan konsep B3
0
Sangat lemah
0
Sangat lemah
0
Sangat lemah
Pengetahuan konsep B4
.427**
Sederhana
.304*
Lemah
-.085
Sangat lemah
Pengetahuan konsep B5
.106
Sangat lemah
.081
Sangat lemah
-.068
Sangat lemah
** signifikan pada aras 0.01
*Signifikan pada aras 0.5

Persoalan kajian 3: Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar mengikut tahap keupayaan matematik dan jantina dalam metakognisi apabila menyelesaikan masalah ekonomi dalam subjek ekonomi?.
Jadual 11 menunjukkan hasil ujian t terhadap perbandingan min berdasarkan jantina. Ujian t menunjukkan min untuk responden perempuan 3.48 adalah lebih tinggi daripada min responden lelaki 3.60 bagi kontrak strategi kognitif manakala min responden perempuan 4.32 adalah lebih tinggi daripada min responden lelaki 4.04 bagi konstruk perancangan. Min responden perempuan 3.86 juga lebih tinggi daripada lelaki 3.84 dalam konstruk penilaian dan pemantauan. Keputusan ujian t menunjukkan strategi kognitif (t=-664, p=.075), perancangan (t= -1.687, p=.562) dan pemantauan dan penilaian (t= -.143, p=.949). ketiga-tiga konstruk ini menunjukkan tiada terdapat perbezaan min yang signifikan iaitu pada nilai p>0.005 dalam kajian ini, maka hipotesis null gagal di tolok dengan itu keputusannya adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar mengikut tahap keupayaan matematik dan jantina dalam metakognisi dan menyelesaikan masalah.
Jadual 11: Perbezaan Min Metakognisi Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah Ekonomi Berdasarkan Jantina Pelajar.
KONSTRAK
JANTINA
MIN
SISIHAN PIAWAI
T
SIG.
Strategi kognitif
Lelaki
3.48
.510
-.664
.075
Perempuan
3.60
.664
Perancangan
Lelaki
4.04
.097
-1.687
.562
Perempuan
4.32
.177
Pemantauan dan penilaian
Lelaki
3.84
.887
-.143
.949
perempuan
3.86
.885

                Jadual 12 menunjukkan hasil ujian t terhadap perbandingan min berdasarkan tahap keupayaan matematik pelajar. Ujian t menunjukkan min untuk responden cemerlang 3.61 lebih tinggi daripada responden sederhana 3.48 bagi kontras strategi kognitif manakala min responden cemerlang 4.36 adalah lebih tinggi daripada min responden sederhana 4.22 bagi konstruk perancangan. min responden sederhana 3.91 lebih tinggi daripada responden cemerlang 3.78 dalam konstruk penilaian dan pemantauan. Keputusan ujian t menunjukkan strategi kognitif (t=.0690, p=.0990),  perancangan (t= .795, p= .0150) dan pemantauan dan penilaian (t=-.832, p=.918). Hanya perancangan menunjukkan perbezaan min yang signifikan iaitu pada nilai p<0.05 dalam kajian ini, manakala strategi kognitif dan pemantauan dan penilaian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan iaitu pada nilai p> 0.05.

Jadual 12: Perbezaan Metakognisi Berdasarkan Tahap Keupayaan Matematik.

KONSTRAK
JANTINA
MIN
SISIHAN PIAWAI
t
SIG.
Strategi kognitif
Cemerlang
3.61
.495
.690
.099
Sederhana
3.48
.521
Perancangan
Cemerlang
4.36
.432
.795
.015
Sederhana
4.22
.455
Pemantauan dan penilaian
Cemerlang
3.78
.411
-.832
.918
Sederhana
3.91
.414

Berdasarkan persoalan kajian kedua di dapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Persoalan kajian ketiga menunjukkan tiada perbezaan keupayaan matematik berdasarkan ciri metakognitif pelajar. Manakala bagi ciri metakognisi mengikut jantina terdapat perbezaan dalam perancangan di mana wujud perbezaan di antara perancangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.


PERBINCANGAN
Perbincangan dalam bahagian ini menumpukan ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi, perbincangan tentang saling hubungan antara ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi dan membincangkan perbezaan di antara jantina pelajar dan tahap keupayaan matematik pelajar dengan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi
CIRI METAKOGNISI DAN PENYELESAIAN MASALAH SUBJEK EKONOMI
Seperti di jangkakan, dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik pelajar dalam menyelesaikan persoalan ekonomi ke atas min keseluruhan menunjukkan ciri perancangan dan ciri pemantauan dan penilaian berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi ciri strategi kognitif memperoleh min keseluruhan yang sederhana. Ini telah di rumuskan oleh Flavell (1979) bahawa metakognisi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.  Seperti yang di jangkakan juga, keputusan mengesahkan bahawa tidak terdapat trend yang ketara dalam ciri metakognisi  di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki memperoleh min dalam ciri perancangan dan penelitian pada tahap tinggi dan kedua-dua mereka juga mendapat tahap min yang sederhana dalam strategi kognitif, walau bagaimanapun ia agak bertentang dengan pandangan yang di kemukakan oleh Flavell (1979) yang menyatakan agak sukar untuk mempercayai bahawa pelajar yang membuat lebih strategik kognitif tidak mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak menggunakan kaedah strategik kognitif.
HUBUNGAN ANTARA CIRI METAKOGNISI  DENGAN PENYELESAIAN MASALAH SUBJEK EKONOMI
Andaian kajian ini mengenai hubungan antara pemboleh ubah ciri metakognisi iaitu strategi kognitif, perancangan dan pemantauan dan penilaian dengan penyelesaian masalah subjek ekonomi. Seperti yang di jangkakan, keputusan kajian ini mengesahkan bahawa hipotesis null tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi, maka dengan itu hipotesis gagal di tolak. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang di gunakan untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan. Maknya ciri metakognisi iaitu strategi kognitif, perancangan dan pemantauan tidak berhubung dalam penyelesaian soalan ekonomi yang telah diberikan hal ini telah bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh ( Akturk dan Sahim 2011) iaitu pelajar yang mempunyai kemahiran metakognisi boleh mengawal dia punya pembelajaran, dapat mengeluarkan idea melalui maklumat yang diperoleh, dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat membangunkan dan menggunakan strategi pembelajaran baru bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih, maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah di galakan penggunaan metakognisi ini agar pelajar boleh berpengetahuan.
JANTINA DAN TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR DALAM PENYELESAIAN MASALAH SUBJEK EKONOMI
Keputusan kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar berdasarkan ciri metakognisi perancangan dan pemantauan  dalam penyelesaian masalah subjek ekonomi. Manakala keputusan kajian di dalam strategi kognitif menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penyelesaian masalah di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Ini bermakna pelajar yang lelaki atau perempuan yang mempunyai kemahiran metakognisi akan lebih bermanfaat kerana mereka tahu apa yang harus mereka tahu dan apa yang mereka tidak perlu (Akturk dan Sahim 2011), hal ini akan menyebabkan mereka fokus kepada apa yang penting dan tidak akan melakukan sesuatu yang membazirkan masa mereka.
                Andaian kajian berkaitan perbezaan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan persoalan matematik berdasarkan ciri metakognisi menunjukkan ciri perancangan berdasarkan keupayaan matematik adalah signifikan  iaitu terdapat perbezaan di antara pelajar pada tahap  keupayaan matematik mereka dalam menyelesaikan masalah, keadaan ini juga di lihat dalam kajian (Desoete, Roeyers, dan Buysse 2001) terdapat perbezaan di antara tahap keupayaan penyelesaian soalan iaitu tahap sangat lemah ke sangat bagus dalam penilaian metakognisi pelajar. Manakala ciri strategi kognitif dan pemantauan  menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan keupayaan matematik pelajar, ini bermakna keupayaan matematik pelajar tidak mempengaruhi ciri metakognisi pelajar dalam strategi kognitif dan pemantauan dalam setiap kali menjawab persoalan matematik.
IMPIKASI KAJIAN
Hasil daripada keputusan kajian ini, beberapa penemuan penting boleh disimpulkan. Pertama keputusan kajian mendapati tidak terdapat hubungan di antara ciri metakognisi dengan  penyelesaian masalah ekonomi. Ini bermakna ciri metakognisi iaitu strategi kognitif, perancangan dan pemantauan tidak berhubung di antara satu sama lain dalam penyelesaian masalah subjek ekonomi. Pelajar boleh menyelesaikan soalan tanpa menggunakan ciri metakognisi. Walau bagaimanapun secara kebiasaannya seseorang pelajar akan menggunakan kaedah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara  walaupun  dapatan ini bertentangan namun dia boleh di andaikan bahawa pelajar mempunyai pengalaman dalam melakukan perkara berkenaan.
                Kedua kajian ini juga dapat menjelaskan, perbezaan antara pemboleh ubah jantina dan tahap keupayaan matematik berdasarkan ciri metakognisi. Dapatan berkaitan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang di antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dalam penguasaan ciri metakognisi. Hal ini dapat memaklumkan kepada pihak guru, sekolah, ibu bapa bahawa penguasaan ciri metakognisi pelajar perempuan dan pelajar lelaki adalah tidak ada perbezaan dan mereka boleh mencapai keputusan yang sama. Bagi perbezaan di antara tahap penguasaan matematik  berdasarkan ciri metakognisi menunjukkan terdapat perbezaan di antara pelajar yang mempunyai tahap penguasaan matematik dalam menyelesaikan soalan. Bagi pelajar yang tahap penguasaan matematik yang baik akan memperoleh keputusan yang baik. Berdasarkan dapatan kajian ini pelajar haruslah di bantu untuk mendapatkan kaedah atau cara untuk berfikir menggunakan kaedah yang betul dan mereka juga harus di bantu untuk mempertingkatkan kebolehan metakognisi mereka dan juga galakkan mereka mengamalkan ciri metakognisi dalam proses pembelajaran yang akan di jalankan bagi memperbaiki prestasi akademik mereka (Saemah & Phillips 2006).

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan ciri metakognisi dan keupayaan matematik tidak mempengaruhi pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam persoalan ekonomi, hal ini berlaku disebabkan oleh pelajar memahami apa yang di ajar di dalam kelas menyebabkan pelajar boleh menjawab soalan yang diberi tanpa menggunakan ciri-ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik selain itu kejayaan pelajar menjawab soalan bergantung kepada kemahiran kuantitatif termasuk ada sedikit kemahiran asas menjawab soalan (Ballard dan Johnson 2004). Walau bagaimanapun pelajar perlu juga diterapkan ciri metakognisi bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan mudah dan sistematik seperti mana yang dicadangkan oleh Najmi Hayati (2009), iaitu bagi meningkatkan kemahiran para pelajar guru perlu menggunakan kaedah refleksi metakognisi yang merujuk kepada aktiviti memikirkan semula proses atau langkah-langkah yang telah dijalankan selepas melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran dan  metakognisi ini perlu kerana ia adalah perlakuan yang mendorong kepada membentuk kemahiran sebelum memulakan sesuatu dan langkah awal dalam menyelesaikan sesuatu (Soliman dan Mathna 2009). Kaedah ini bertujuan untuk memastikan pelajar memikir dan bertindak mengikut kaedah yang betul serta meningkatkan kemahiran prestasi pelajar dalam subjek ekonomi (Ballard & Johnson 2004).

 

 

Rujukan


Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Selangor: Penerbitan UKM.
Arias J.J, & Walker, D.M. 2004. Additional Evidence on the Relationship Between Class Size And Student Performance. Journal Of Economic Education.
Akturk. A. O & Sahin. I. 2011. Literature Review on Metacognition and its Measurement. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15: 3731-3736.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2006b). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur
Bogdan, R.C. & Biklen, S. K. 2007.  Qualitative Research for Education: An Introduction to Theory and Methods. Ed. Ke-5. Boston: Person Education Group, Inc.
Ballard C.L & Johnson M.F. 2004. Basic Math Skill and Performance in an Introductory Economics Class. Journal of Economic Eduction. 35(1): 3.
Desoete. A, Roeyers. H, dan Buysse A 2001. Metacognition and Mathematical Problem Solving in Grade 3. Journal of Learning Disabilities, 34(5): 435-440.
Epon Nur’aeni L, Yusuf Suryana & Dindin. 2006. Penggunaan Instrumen Monitoring dari Metakognisi untuk Meningkatkan Kemampuan Mahasiswa Menerapkan Strategi Pemecahan Masalah Matematik. Artikel Hasil Penilaian Hibah Pembinaan UPI 2006.
Elizabeth J. Jensen and Ann L. Owen. 2001. ‘Pedagogy, Gender, and Intersest In Education’. Journal Of Economic Education 32:323-343.
Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee & Sahar Bayat 2010. A Subtle View to Metacognitive Aspect of Mathematical Problems Solving. Proceeding Social and Behavional Sciences 8(2010). International Conference on Mathematics Education Research 2010 (ICMER 2010), hlm 420-426
Flavell J. H. 1979. Metacognition and Cognitive Monitoring: A New Area of Cognitive Development  Inquiry. Amarican Psychologist, 34: 906-911.
Gallo A.A & Johnson C.K (2008). Math Skills and Everyday Problem Solving. Journal of Economic and Finance Education. 1(7).
Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of
Collaborative Problem Solving for Learning Economics. Journal of Economic Education, 31(1): 13-29.
McCarty, Padgham & Bennett. 2006. Determinants of Student Achiement in Principles of Economics. Journal for Economics Education. 6(2): 1-9.
Mandel P. & Sussmuth B .2011.  Size Matters. The Relevent and Hicksian Surplues of Freferred College Class size. Economics of Education Review. ECOEDU-1212. 1-12.
Najmi Hayati  .2009. Kemahiran Metakognitif dan Pemupukan Perkembangan Metakognitif dalam Bilik Darjah. Tesis tidak Diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan Penyelesaian Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar. Tesis yang tidak diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saemah Rahman dan Phillips. J. A. 2006. Hubungan antara kesedaran Meakognisi, Motivasi dan Pencapian Akademik Pelajar Universiti. Jurnal Pendidikan, 31: 21-39.
Soliman. A.M & Mathna. E. K. 2009.        Metacognitive Strategy Training Improves Driving Stuation Awareness. Social Behavior and Personality, 37(9): 1161-1170.

No comments:

Post a Comment